• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / AirAsia Tawar 'Tambang Rahmah' Sempena Aidilfitri, RM199 KL-Sarawak, RM249 KL-Sabah!

AirAsia Tawar 'Tambang Rahmah' Sempena Aidilfitri, RM199 KL-Sarawak, RM249 KL-Sabah!

March 9, 2023 By Sharil Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia akan menawarkan penerbangan tambang murah sehala pada harga RM199 sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini dari:

  • Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri
  • Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri

Tambang penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu adalah pada harga RM249.

Selain penerbangan khas ini, AirAsia juga beroperasi dengan 292 penerbangan mingguan pada tambang biasa ke laluan sama untuk memenuhi permintaan tinggi pengguna.

Kenyataan itu dikongsikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam akaunnya di Facebook selepas menghadiri Majlis Pengumuman Penerbangan Tambahan Istimewa dan Tambang Rendah Tetap AirAsia sempena Aidilfitri.


Menurutnya, Kerajaan berusaha keras menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan demi memastikan rakyat Malaysia dapat bersiap sedia pulang ke kampung halaman dengan kadar penerbangan berpatutan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Kementerian Pengangkutan turut berterima kasih kepada AirAsia yang komited dalam menyokong inisiatif Kerajaan dalam mengurangkan kadar harga tambang dan menambah bilangan kekerapan penerbangan pada musim perayaan.

Kementerian juga menggalakkan syarikat penerbangan lain turut sama menyokong inisiatif seperti ini dalam usaha membantu mengurangkan kos penerbangan rakyat.

BACA >>> Harga Tiket Penerbangan Semenanjung ke Sabah, Sarawak Turun Harga!
BACA >>> [Siri 1] Kenapa Kapal Terbang Simpan Bekalan Minyak dalam Sayap?

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aidilfitri, AirAsia, Anthony Loke Siew Fook, Kementerian Pengangkutan (MOT), musim perayaan, Sabah, Sarawak, Tambang Murah, Tambang Tetap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev