BERMAZ Motor sebentar tadi melancarkan model Mazda CX-30 (2023) versi pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Malaysia dengan harga permulaan RM128,109.
Mazda CX-30 (2023) ialah produk CKD ketiga yang dikeluarkan dari kilang Inokom Assembly di Kulim, Kedah selepas CX-05 dan CX-8. Berikut perincian kenderaan utiliti sukan (SUV) itu:
BACA >>> Mazda CX-30 (2020) Lancar di Malaysia, 10 Perkara Perlu Anda Tahu
BACA >>> Mazda Vision Study Model, Bayangan MX-5 Elektrik Baharu?
4 VARIAN, HARGA MAZDA CX-30 (2023) CKD
Mazda CX-30 (2023) CKD didatangkan dalam empat varian:
- 2.0L 2WD STD - RM128,109
- 2.0L 2WD High - RM136,109
- 2.0L 2WD High+ - RM146,109
- 2.0L 2WD High+ Premium - RM156,109
* Harga harga atas jalan, tanpa insurans di Semenanjung, pendaftaran persendirian.
TUJUH WARNA PILIHAN MAZDA CX-30 (2023) CKD
- Machine Gray (kelabu)
- Soul Red Crystal (merah)
- Deep Crystal Blue (biru)
- Platinum Quartz (putih krim)
- Snowflake White Pearl (putih)
- Jet Black (hitam)
- Polymetal Gray (kelabu cerah)
SATU TRENKUASA, TIADA AWD
- Mazda CX-30 (2023) CKDmenggunakan trenkuasa petrol 4-silinder SkyActiv 2.0L (1,998cc) DOHC 16-injap dengan VVT dan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 162hp @ 6,000rpm dan tork 213Nm @ 4,000rpm.
- Transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv dengan mod anjakan manual. Kelajuan maksimum 196kmj.
- Semua varian dalam sistem pacuan dua roda (2WD) dan tiada pilihan pacuan semua roda (AWD) seperti model import (CBU).
- Pilihan gred minimun petrol ialah RON95 dengan anggaran bahan api 6.4 liter per 100km.
RIM ALOI MAZDA CX-30 (2023) CKD
- Sistem brek menggunakan brek cakera pada semua roda.
- Sistem suspensi jenis strut MacPherson (depan) dan torsian beam (belakang).
- Sistem stereng kuasa elektronik memudahkan pemandu membuat pusingan radius 5.3 meter.
- Versi standard Mazda CX-30 (2023) CKD dengan rim aloi 16 inci, dan tayar: 215/65R, manakala tiga varian lain menggunakan rim 18 inci dengan tayar 215/55R.
- Mazda CX-30 didatangkan dengan rim keluli standard 16 inci dan tayar ganti 185/65 untuk semua varian.
- Dimensi juga sama semua varian, iaitu panjang 4,396mm, lebar 1,795mm dan tinggi 1,540mm, manakala jarak roda 2,655mm dan jarak tinggi bumi 175mm serta berat 1,436kg.
REKABENTUK LUARAN MAZDA CX-30 (2023) CKD
- Menggunakan lampu LED penuh untuk lampu depan dan belakang, manakala lampu siang (DRL) jenis mentol.
- Varian High, High+ dan High+ Premium pula dipasangkan LED untuk lampu depan, lampu belakang dan DRL dengan pencahayaan signatur.
- Semua varian Mazda CX-30 (2023) CKD dilengkapi lampu utama automatik dan lampu undur LED. Tambahan lain ialah lampu kabus belakang.
- Wiper cermin depan mendapat sensor hujan sebagai ciri standard semua varian.
- Cermin sisi Mazda CX-30 (2023) CKD boleh laras elektrik, boleh lipat dan disepadukan dengan lampu signal belok.
- Hanya varian High+ Premium ada tambahan bumbung suria boleh miring.
- Spoiler belakang menjadi ciri standard semua varian.
- Tiga varian atasan diberikan but elektrik.
- Varian standard tiada sensor depan dan belakang seperti varian High, High+ dan High+ Premium (4 sensor setiap bampar).
- Gril radiator High, High+ dan High+ Premium berwarna hitam.
KABIN MAZDA CX-30 CKD
Model Standard cuma ada tujuh perbezaan berbanding varian High, High+ dan High+ Premium, iaitu:
- Cermin pandang belakang tanpa fungsi automalap. Varian High+ Premium mendapat cermin tanpa frem.
- Tiada pedal syif.
- Penyaman udara manual (varian lain automatik dual-zon)
- Tiada ventilator penyaman udara belakang.
- Kerusi pemandu boleh laras manual 8-tetapan (varian lain jenis elektrik 10-tetapan).
- Tiada memori kerusi pemandu (varian lain ada memori 2-tetapan).
- Material fabrik (kulit untuk tiga varian atasan).
PERSAMAAN KABIN SEMUA VARIAN
- Semua varian ada butang tekan mula (push-start) dan Brek Parkir Elektronik (EPB).
- Stereng dilengkapi butang kawalan audio dengan ciri sambungan bebas tangan Bluetooth dan fungsi Kawalan Jelajah.
- Kluster instrumen TFT LCD berwarna 7 inci dengan paparan multi-info (MID).
- Ada paparan dongak (HUD) berwarna.
- Stereng boleh laras tinggi-rendah dan rapat-jauh dari badan pemandu. Stereng dibalut kulit.
- Ada tombol pilihan mod pandu. Soket kuasa 12V turut disediakan di bahagian perehat lengan tengah.
- Kapasiti kerusi untuk lima penumpang, dan kerusi baris kedua boleh rebah 60:40.
- Unit infotainmen 8.8 inci dilengkapi teknologi pengecaman suara, sambungan Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto berserta dua port USB.
- Tiga varian SUV didatangkan dengan kamera undur. Varian tertinggi menggunakan kamera pandang keliling 360º.
- Teknologi lahu henti-mula (start-stop) dan Teknologi Kawalan Tambahan Vektor G disediakan sebagai ciri standard.
KESELAMATAN
Setiap varian Mazda CX-30 (2023) CKD dibekalkan ciri keselamatan sama seperti:
- Beg udara SRS
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Brek (BA)
- Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
- Sistem Kawalan Traksi (TCS)
- Signal Henti Kecemasan (ESS)
- Bantuan Lancar Bukit (HLA)
- Fungsi pegun automatik (auto-hold)
- Kunci pintu automatik
- ISOFIX
Selain itu, beberapa ciri tambahan keselamatan diberikan mengikut varian seperti:
- Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) - High dan High+
- Kawalan Lampu Tinggi (HBC) - High+
- Lampu Utama Adaptif LED (ALH) - High+ Premium
- Pemantauan Titik Buta (BSM) - High+ dan High+ Premium
- Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA) - High+ dan High+ Premium
- Amaran Trafik Lintasan Depan (FCTA) - High+ Premium
- Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS) - High+ dan High+ Premium
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LAS) High+ dan High+ Premium
- Amaran Perhatian Pemandu (DAA) - High+ dan High+ Premium (termasuk pemantauan pemandu)
- Sokongan Brek Pintar (SBS) depan, belakang: High+ dan High+ Premium
- Sokongan Trafik dan Jelajah (CTS) - High+ Premium
BACA >>> Mazda6 20th Anniversary Edition (2023) Tampil Elegan dengan Warna Merah Spesial!
BACA >>> Mazda CX-90 (2024) Debut di AS dalam Pilihan Enjin Turbo MHEV, PHEV
Leave a Reply