• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 5 yang Terpaling Padu Tentang The New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain!

5 yang Terpaling Padu Tentang The New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain!

April 17, 2023 By Han Othman Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


THE New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023) baru saja dilancarkan pada 16 Februari lalu yang jelas mengukuhkan kehadiran model itu sebagai antara trak pikap pilihan ramai di Malaysia.

Pada harga RM150,938.40, varian paling premium dalam barisan terkini Isuzu D-Max (2023) itu didatangkan dengan ciri terlengkap. Model ini bukan saja menjanjikan enjin berprestasi tinggi, tetapi juga ciri premium yang menepati cita rasa gaya hidup peminat trak pikap masa kini.

Kami senaraikan lima perkara paling padu tentang The New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023) serba baharu:

1. LUARAN SPORTY, AGRESIF

Sebagai model versi dipertingkat (facelift), perubahan luaran The New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023) membabitkan kemas kini kosmetik seperti rekaan gril baharu, lampu utama projektor Bi-LED automatik, dan ciri lampu LED penuh pada lampu belakang, lampu kabus, lampu signal belok dan lampu siang (DRL).

Trak pikap ini juga ada lampu aluan (welcome light) yang menyala apabila kunci dibuka dari jauh, manakala cermin sisi boleh lipat automatik.

isuzu-dmax-4x4-xterrain-islay-gray
isuzu-dmax-4x4-xterrain-dolomite-white-pearl

Varian perdana ini juga mendapat warna baharu Islay Grey Mica (kelabu, seperti dalam gambar) dan Dolomite White Pearl (putih). Sudah tentu warna kelabu jadi pilihan kami kerana membuatkan trak pikap ini tampak lebih garang.

Isuzu D-Max 2023
Isuzu D-Max 2023 1
Isuzu D-Max 2023 9
Isuzu D-Max 2023 24
Isuzu D-Max 2023 23

Selain itu pemilik juga diberikan rim aloi 18 inci baharu, termasuk kemasan kelabu gelap seakan hitam yang kontras dengan warna badan pada rel bumbung, cermin sisi, hendal pintu, pemijak sisi, bampar depan dan fender.

Tidak dilupakan bantuan pintu but yang memudahkan proses memunggah masuk atau keluar barang di belakang.

2. DALAMAN PREMIUM, SELESA

Isuzu D-Max 2023 27
Isuzu D-Max 2023 22

Menjengah ruang kabin, The New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023) menampilkan upholsteri serba hitam. Set kerusi depan dan belakang mendapat material kulit dengan corak bertekstur.

Sil pintu diberikan lampu LED bercahaya apabila pintu dibuka.

Isuzu D-Max 2023 20
Isuzu D-Max 2023 19
Isuzu D-Max 2023 18

Varian ini juga mendapat kemasan sulaman Brown pada panel pintu, papan pemuka, panel kluster instrumen, tombol gear, stereng dan beberapa bahagian lain yang memberikan elemen mewah.

Ciri lain diberikan ialah paparan multi-info (MID) LCD TFT e-LUMAX berwarna 4.2 inci , stereng boleh laras dengan punat kawalan, unit infotainment skrin sentuh 9 inci dengan USB, Bluetooth, WiFi, MirrorLink dan Miracast dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Ada lapan pembesar suara, cermin pandang belakang automalap (auto dimming), dan perakam video digital (DVR) atau dashcam di depan dan belakang. Kerusi pemandu boleh laras elektrik 8-tetapan dengan sokongan lumbar, dan kerusi penumpang depan boleh laras manual 4-tetapan.

Ada tiga port USB disediakan, iaitu dua di depan (Type-C dan Type-A) dan satu di belakang (Type-A), termasuk pengecas wayarles (untuk varian Premium disediakan dengan USB Type-C, varian 4x2 Auto Plus diberikan sebagai Standard).

Tidak dilupakan penyaman udara dual-zon, dan turut disediakan ventilator penyaman udara belakang. manakala kerusi belakang boleh lipat 60:40

3. ENJIN PADU BERKUASA

The New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023) dijana trenkuasa 3.0L Blue Power Turbo Diesel atau perinciannya, enjin 4-silinder sebaris VGS Turbo Intercooler Diesel 2,999cc DOHC 16 injap yang menghasilkan kuasa 190ps @ 3,600rpm dan tork 450Nm @ 1,600rpm-2,600rpm.

Sistem transmisi jenis automatik 6-kelajuan dengan Sequential Shift untuk pemanduan lebih lancar dan selesa.

Ada ciri Kunci Diferensial Belakang (Rear Differential Lock, RDL) berfungsi memberikan ekstra traksi dan kestabilan ketika menempuh permukaan jalan off-road. Ciri ini bukan hanya untuk X-Terrain, tetapi juga ada pada semua model Isuzu D-Max 4x4 facelift, termasuk versi kabin tunggal Single Cab.

Sistem suspensi menggunakan double wishbone, spring koil dan stabiliser dengan absorber gas di depan dan spring leaf semi-eliptikal dengan absorber gas di belakang.

Sebagai model off-road, trak pikap ini dilengkapkan tombol Terrain Command untuk pemandu memilih mod pacuan mengikut situasi pemanduan untuk kawalan maksimum atas pelbagai permukaan jalan.

Bahagian bawah kereta dipasangkang pelindung lasak. Trak pikap ini juga mampu meredah kedalaman air setinggi 800mm.

4. CIRI MODEN TERKINI

Antara ciri-ciri moden menarik yang ada pada The New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023) ialah:

  • Entri tanpa kunci (keyless) dengan fungsi penghidup enjin kawalan jauh (remote start engine).
  • Lampu ambien untuk pencahayaan dalam kabin.
  • Lampu balik rumah Follow-Me-Home.
  • Kunci pintu Walk-Away - kereta akan dikunci automatik apabila pengguna berada 3 meter dari kereta.
  • Wiper automatik
  • Kaca cermin depan dan cermin tingkap kalis sinaran infra-merah.
  • Lampu sambut Welcome Light.

5. TEKNOLOGI KESELAMATAN CANGGIH

Sebagai varian perdana, trak pikap ini memperkenalkan Teknologi Keselamatan Menyeluruh Isuzu, ALLSIGHT, terdiri daripada lebih 30 ciri keselamatan yang dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), ciri-ciri keselamatan pasif dan aktif .

Antara ciri-ciri ADAS diberikan adalah: Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Bantuan Belok, Mitigasi Salah Tekan Pedal Automatik (AT PMM) Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri Henti dan Mula (Stop and Go), Pengehad Halaju Manual (MSL), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Amaran Tukar Lorong (LDW), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Brek Multi-Perlanggaran (MCB).

Ciri-ciri keselamatan aktif diberikan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Daki Bukit (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Sistem Atasi Brek (BOS), Signal Henti Kecemasan (ESS), ISOFIX dengan pautan atas, Monitor Pandang Keliling (AVM), kamera undur, sensor depan dan belakang.

Ciri-ciri keselamatan pasif pula terdiri daripada 7 beg udara, rasuk impak pintu sisi, kolum stereng boleh jatuh apabila kemalangan, pelindung tulang leher (whiplash) pada semua kerusi.

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: ALL-New Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023), Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain (2023), Isuzu Malaysia, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev