• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Bumbung SUV Terlaris India Mahindra Scorpio N (2022) Bocor Sampai Kabin Lencun

Video Bumbung SUV Terlaris India Mahindra Scorpio N (2022) Bocor Sampai Kabin Lencun

March 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MAHINDRA Scorpio N (2022) mendapat sambutan hangat di pasaran India dengan jumlah tempahan melebihi empat angka dan senarai menunggu lama. Bagaimanapun, status populariti kenderaan utiliti sukan (SUV) itu bakal berubah disebabkan satu video pandu uji ini.

Video itu mendedahkan masalah kualiti gam pada bumbung suria SUV tersebut yang menyebabkan limpahan air menembus masuk ke dalam ruang kabin ketika diparkir bawah air terjun.

BACA >>> 25k Unit Mahindra Scorpio-N Habis Ditempah Kurang Seminit!
BACA >>> #BikinKereta: Ubah Suai Mahindra Thar Ala Mercedes G63 AMG 6x6

Rakaman video YouTube itu dimuat naik Arun Panwar, dan portal RushLane.

Pemandu itu dilaporkan sengaja mengundur Mahindra Scorpio N (2022)  ke bawah aliran air terjun sebagai salah satu ujian pemanduan. Namun, beberapa saat kemudian, air kelihatan menembus masuk ruang kabin melalui pembesar suara siling, kaca bumbung suria dan lampu kabin.

Menurut Mahindra, kerosakan SUV itu boleh dibaik pulih, tetapi pembeli perlu membawa SUV itu ke pusat servis untuk memastikan kerja pengeringan dibuat sewajarnya.

Ada beberapa komponen elektrik perlu ditukar ganti, dan semua gam perlu diperiksa supaya insiden bocor itu tidak berulang. Nampaknya, kemungkinan besar proses pemasangan gam ketika pengeluaran di kilang tidak dilakukan baik.

Memang benar, tiada pemandu SUV akan meletakkan kenderaan di bawah aliran air terjun, tetapi hujan lebat di India mungkin memberi kesan sama, terutama pada bumbung Mahindra Scorpio N (2022).

BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Kali Anda Boleh Tampal Tayar Tiubles Motor Jika Bocor?
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Akuasatah (Aquaplaning), Punca Pemandu Terbabas Ketika Hujan?
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Ruang Kabin Proton X90!
BACA >>> #ApaNakBuat: 11 Tip Kekal Selamat Jika Mahu Tidur dalam Kereta

SUMBER: CarScoops

Related

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mahindra India, Mahindra Scorpio-N, Mahindra Scorpio-N (2022), Roda4, video, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my