• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Malaysia Tidak Lupakan MH370, Akan Sambung Pencarian Jika Ada Maklumat Baharu

Menteri: Malaysia Tidak Lupakan MH370, Akan Sambung Pencarian Jika Ada Maklumat Baharu

March 6, 2023 By Shawkath Leave a Comment

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERAJAAN akan menyambung semula operasi mencari lokasi terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 jika ada maklumat terbaharu boleh dipercayai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan beliau tidak akan menghentikan usaha pencarian atau siasatan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

BACA >>> Kes Nahas MH17: Australia, Belanda Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Rusia

Beliau menyatakan Kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan tragedi yang berlaku pada 8 Mac 2014.

Rabu ini adalah ulangtahun kesembilan tragedi penerbangan MH370 hilang tanpa jejak yang menimbulkan seribu persoalan kepada waris mangsa mengenai situasi sebenar berlaku.

Penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing dan hilang daripada skrin radar selepas dua jam penerbangan.

Loke berkata, tiada ucapan atau rasa simpati mampu mengubati atau memadam kesedihan, dan kesengsaraan ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang kehilangan insan tersayang.

Beliau berkata;

Rakyat Malaysia akan sentiasa bersama anda dan berkongsi beban kesengsaraan ini. Kami menghormati semua nyawa yang terkorban dan tidak akan pernah melupakan mereka.”

Operasi pencarian besar-besaran dengan penglibatan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta-juta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi pesawat MH370 gagal ditemukan.

BACA >>> Anthony Loke: Serap Kos Ujian Lesen Bantu Anak Muda Ceburi Ekonomi Gig
BACA >>> Anthony Loke: Kerajaan Mahu Pertingkat Keselamatan P-Hailing
BACA >>> Pesawat Komersial C919 dari China Ini Mampu Saingi Boeing, Airbus?

SUMBER: Bernama

Related

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Kapal Terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysian Airlines, MH370

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev