• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Middleweight 4 Dapur dari China, Voge Infinity RR 660 (2023) Mampu Pecut Lebih 200kmj!

Middleweight 4 Dapur dari China, Voge Infinity RR 660 (2023) Mampu Pecut Lebih 200kmj!

March 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

449
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR motosikal dari China, Voge nampaknya ada rancangan memperkenalkan sportbike 4-silinder sebaris yang dijangka dilancarkan tahun ini. Maklumat itu bocor selepas tular beberapa foto pembentangan persidangan pengedar tersebut sekitar hujung bulan lalu.

Model sportbike itu ialah Voge Infinity RR 660 (2023) yang tampil lebih sporty jika dibandingkan rekabentuk Voge RR 525 dan Honda CBR650R.

BACA >>> Honda Bakal Lancar Sportbike 250cc 4-Silinder, Mahu Cabar Kawasaki ZX-25R!

Voge Infinity RR 660 (2023) - 0
Voge Infinity RR 660 (2023) - 1

Voge Infinity RR 660 (2023) akan menggunakan trenkuasa 4-lejang 16-injap 4-silinder sebaris 660cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI). Enjin digunakan mampu mencapai rev setinggi 13,000rpm dan kuasa lebih 100hp.

Masa diperlukan untuk kelajuan 0-100kmj ialah 3.5 saat, manakala kelajuan maksimum lebih 200kmj.

Voge Infinity RR 660 (2023) - 3
Voge Infinity RR 660 (2023) - 1

Enjin baharu 660cc tersebut dihasilkan Loncin, juga pengeluar dari China yang didakwa 10 peratus lebih ringan berbanding trenkuasa siri Honda 650 dan pesaing lain dalam segmen sama.

Dokumen pembentangan Voge menunjukkan sportbike itu menggunakan sistem brek cakera kembar dengan kaliper Brembo 4-piston, dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik (depan) dan monoshock boleh laras Kayaba (KYB) di belakang dengan swingarm sebelah. Tiada maklumat dikongsi mengenai harga.

BACA >>> 4-Silinder Sebaris vs V4, Mana Satu Konfigurasi Enjin Terbaik MotoGP?
BACA >>> CFMoto 450SR (2024) Facelift dengan Swingarm Sebelah Bakal Lancar Tahun Depan

SUMBER: Motorrad

Related

449
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, motosikal sport, roda2, sportbike, Sportbike 660cc, Voge Infinity RR 660 (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev