PROTON mencatat jualan 14,033 unit kenderaan (domestik dan eksport) sepanjang Febuari 2023, iaitu peningkatan 20.1 peratus lebih tinggi berbanding Januari lalu.
Pengeluar kereta nasional itu sudah menjual 25,714 unit kenderaan sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini. Jumlah tersebut menyaksikan kenaikan 88 peratus berbanding pencapaian dalam tempoh sama tahun lalu.
BACA >>> MITI Minta Proton, Perodua Percepat Pengeluaran EV Nasional 'Rahmah'
BACA >>> Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan
STATISTIK JUALAN 2023
- Jumlah jualan: 25,714 unit
- Januari - 11,681 unit
- Februari - 14,033 unit
PECAHAN JUALAN MODEL FEBRUARI 2023
PROTON PERSONA RAJA SEDAN SEGMEN-B
- Proton Persona mendahului jualan bulanan sedan segmen-B tempatan yang mendapat manfaat daripada masalah kekurangan komponen pembuatan dihadapi model pesaing lain.
- Jualan 2,313 unit pada Februari lalu menandakan Proton Persona melepasi paras jualan 2,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut. (Januari - 2,039 unit)
BACA >>> SUV Premium Proton X90 Lancar Bulan Depan?
PROTON X50, EXORA JUARA SEGMEN MASING-MASING
- Proton X50 kekal sebagai model kenderaan utitiliti sukan (SUV) segmen-B paling popular dengan jualan 3,247 unit. (Januari - 2,992 unit).
- Proton Exora turut menerima sambutan positif dengan jualan 336 unit, sekali gus mendahului carta jualan kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C . (Januari - 332 unit)
PRESTASI MODEL LAIN
- Proton Saga kekal di tangga kedua sedan segmen-A dengan jualan 6,345 unit. Jumlah jualan terkumpul tahun ini ialah 11,133 unit. (Januari - 4,788 unit)
- Proton X70 mencatat jualan 981 unit, menduduki ranking kedua SUV segmen-C. (Januari - 933 unit).
- Proton Iriz mencatatkan prestasi terbaik sejak Ogos 2022 dengan jualan 811 unit bulan lalu. (Januari - 597 unit)
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;
Permulaan kukuh bagi Proton tahun ini mencerminkan populariti tawaran model semasa kami. Sama seperti pesaing kami, banyak volum didorong usaha memenuhi tempahan yang dikecualikan cukai, tetapi jumlah tempahan baharu kekal baik.
"Jadi kami berharap dapat meneruskan trajektori pertumbuhan jualan kami sepanjang tahun ini."
JUALAN SMART #1
Roslan berkata, Proton akan membuat beberapa pengumuman mengenai hala tuju syarikat itu tahun ini dalam beberapa bulan lagi. Menurutnya;
Ini tahun yang sibuk kerana kami mewujudkan kehadiran dalam segmen baharu, memasuki pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dan melangkah ke depan dalam EV apabila jualan smart #1 bermula.”
BACA >>> Smart #1 Masuk Malaysia Tahun Depan!
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Ruang Kabin Proton X90!
Leave a Reply