NAZA Italia melancarkan Maserati Grecale GT (2023) varian hibrid daripada barisan kenderaan utiliti sukan (SUV) serba baharu jenama itu untuk pasaran Malaysia selepas ditayangkan pada Jun 2022.
Maserati Grecale GT (2023) dikuasakan enjin hibrid ringan (MHEV) 4-silinder berkuasa 300hp dan tork 450Nm dalam sistem pacuan semua roda (AWD).
BACA >>> Lari dari Polis, Pemandu Maserati Mujur Masih Hidup Selepas Rempuh Jejambat
BACA >>> Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!
Pecutan 0-100kmj hanya mengambil masa 5.6 saat, manakala kelajuan maksimum sepantas 240kmj.
Ketua Pegawai Operasi (CEO) Naza Italia, Farid Sulaiman berkata, susupan pratayang Maserati Grecale Trofeo di Malaysia pada Jun tahun lalu, Naza Italia berbesar hati memperkenalkan Maserati Grecale dalam versi GT Hybrid.
Rekabentuk mewakili simbol visual baharu Maserati yang membezakan setiap model baharu jenama itu sejak MC20. Bahagian depan menampilkan gril vertikal yang diposisikan rendah dengan kemasan krom.
Rekaan lampu belakang bentuk bumerang diilhamkan daripada model grand tourer 4-pintu Maserati Giugiaro 3200 GT, manakala bentuk bumbung landai ala coupé memberikan imej sporty.
Maserati Grecale GT (2023) turut menampilkan pilihan rim aloi 19 atau 20 inci, bampar warna badan, skirt sisi, sisipan gril krom, logo Maserati pada pilar-C dan empat paip ekzos krom.
Maserati Grecale GT (2023) memiliki dimensi panjang 4,846mm, tinggi 1,670mm, dan lebar 2,163mm, manakala jarak roda 2,901mm.
Kapasiti but 535 liter, barisan tempat duduk belakang boleh dilipat hanya dengan menekan butang dalam but.
Ruang kabin menggunakan upholsteri kulit untuk papan pemuka daripada kulit Saffiano, dan digabungkan dengan kemasan kilauan pada konsol tengah dan panel pintu.
SUV baharu ini jelas menyerlah dari segi keluasan dan keselesaan menerusi ciri 'terbaik dalam kelas' seperti ruang kabin, pemanduan dan pengendalian, pecutan, kualiti bunyi dan penggunaan material mewah seperti kayu, gentian karbon dan kulit.
Bagi versi GT, selain dalaman kulit hitam, balutan kulit premium dalam warna coklat, dan greige (coklat cair), atau hitam dengan sulaman kontras turut ditawarkan sebagai pilihan. Stereng kulit pula dipadankan pedal syif aluminium.
Rekaan dalaman menampilkan teknologi termaju menerusi skrin bulat kecil di papan pemuka yang memaparkan jam tradisional Maserati.
Segalanya berasaskan sentuhan dengan teknologi dikawal menerusi unit infotainment skrin sentuh 12.3 inci, yang juga terbesar pernah dilihat pada model Maserati. Juga disediakan kluster instrumen 8.8 inci untuk kawalan tambahan dengan sistem Multimedia Maserati Intelligent Assistant (MIA).
Maserati Grecale menerima sistem bunyi tiga dimensi (3D) yang dibangunkan Sonus Faber dengan 21 pembesar suara. Tiga pilihan warna ditawarkan ialah Blu Intenso (biru metalik), Bianco Astro (kelabu metalik) dan Bianco (pepejal putih)
Di pasaran Malaysia, Maserati Grecale GT (2023) boleh didapati pada harga RM598,000.00, termasuk duti, cukai dan waranti tiga tahun tanpa had perbatuan.
BACA >>> Maserati Grecale (2022) Debut di Malaysia dengan Tiga Varian Bakal Dijual
BACA >>> Maserati MC20 Fuoriserie Edition Dapat Sentuhan Legenda Manchester United
Leave a Reply