• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Minta Perakam Video 3 Individu Jengah Kepala Keluar MPV Tampil Bantu Siasatan

Polis Minta Perakam Video 3 Individu Jengah Kepala Keluar MPV Tampil Bantu Siasatan

March 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

POLIS mengesahkan pihaknya sudah mengesan pemandu dan penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular di media sosial yang tular dengan aksi tiga individu mengeluarkan kepala melalui bumbung matahari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Yahaya Hassan menyatakan siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam, 1 Mac lalu di Jalan Sultan Idris Shah di Ipoh.

BACA >>> Polis Cari Pemandu Viva Biar Kanak-Kanak Jengah Kepala, Badan Keluar Tingkap

Beliau berkata:

Ketiga-tiga individu yang kelihatan mengeluarkan kepala daripada kenderaan MPV dalam video-video tersebut masing-masing berumur 16 dan 13 tahun.

“Semasa kejadian, ibu kepada kanak-kanak tersebut juga berada di dalam kenderaan MPV yang dipandu saudara mereka.”

Yahaya juga menyatakan polis sedang mengesan individu yang merakam video tersebut untuk membantu siasatan.

Beliau berkata;

Polis ingin menyeru kepada individu yang merakam video-video tersebut pada masa kejadian supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kanan, ASP (Asisten Superintendan) Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 untuk membantu siasatan.”

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerima satu laporan polis mengenai kejadian tersebut. Kes kini disiasat di bawah:

  • Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.
  • Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jalan Sultan Idris Shah, jengah keluar kepala, Viral, Yahaya Hassan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my