• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Mak Lembu Serang Penunggang EX5, Pemilik Boleh Dijel 

Video Mak Lembu Serang Penunggang EX5, Pemilik Boleh Dijel 

March 2, 2023 By Sharil Leave a Comment

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEKAWAN lembu yang dibiarkan berkeliaran di tepi jalan dekat Kampung Bukit Lintang, Melaka dirakam mengganggu dua penunggang motosikal hingga menyebabkan salah seorang penunggang terpaksa lari menyelamatkan diri dengan meninggalkan motosikalnya.

Dalam klip video 57 saat itu, dua penunggang kapcai Honda EX5 sedang cuba memintas tiga lembu berkeliaran di tepi jalan.

BACA >>> Bukan Dhaka, Tapi Serdang, Tiga Jejaka Asing Santai Naik Kereta Lembu atas Jalan Raya Awam
BACA >>> Remaja Maut Langgar Lembu Baring Atas Jalan

Namun seekor lembu dewasa, dipercayai lembu betina yang juga ibu kepada lembu anak, tiba-tiba menyerang dua penunggang tersebut hingga salah seorang penunggang terpaksa menjatuhkan motosikalnya untuk lari menyelamatkan diri. Bagaimanapun, salah seorang penunggang, yang berjaket biru, sempat melarikan diri bersama motosikalnya.

Ini bukan kali pertama lembu dibiarkan berkeliaran di tepi jalan itu hingga mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya. Jika haiwan ternakan itu dicuri, mesti bisinglah tuan punya lembu.

Namun, jika lembu tersebut menyebabkan kemalangan pengguna lain, tiada pula yang berani mengaku dialah tuan lembu berkenaan.

Tahukah anda, tindakan membiarkan lembu ternakan berkeliaran di jalan raya awam boleh mengundang bahaya bukan saja kepada pengguna jalan raya, tetapi pemilik lembu juga?

Jika lembu itu menyebabkan kemalangan maut kepada pengguna jalan raya, tuan lembu boleh dianggap cuai kerana menyebabkan kematian dan boleh didakwa di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

BACA >>> Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
BACA >>> Thailand Lancar EX5 Lokal, GPX Rock 100 yang Lebih Ranggi, Trendy

Related

205
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, dikejar lembu, Honda EX5, Kampung Bukit Lintang, Lembu Terbiar, Melaka, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev