HYUNDAI IONIQ 5 adalah antara model kenderaan elektrik (EV) terbaik di pasaran. Semua kelebihan dimiliki EV buatan Korea Selatan itu dimanfaat sepenuhnya sebagai teksi di Jordan.
Portal Carscoops berkongsi koleksi foto dari Facebook EV Store Jordan, yang menunjukkan sebuah teksi menggunakan Hyundai IONIQ 5 dengan skema warna kuning dan pelekat hijau. Khabarnya, itu ialah IONIQ 5 yang dikesan digunakan sebagai teksi persendirian.
BACA >>> Hyundai IONIQ 5 Bangunkan Sistem Roda Boleh Gerak Sisi Macam Ketam?
BACA >>> HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!
Hyundai IONIQ 5 menawarkan banyak kelebihan yang sesuai untuk menggalas tugas sebagai mod pengangkutan premium seperti:
- Model EV dengan kadar pengecasan antara terpantas di pasaran. Cuma 18 minit untuk mengecas bateri daripada 10 peratus kepada 80 peratus melalui stesen cas pantas (DC) 350kW. Kereta ini menggunakan bateri 77.4kWh.
- Masa menunggu kereta dicas lebih singkat berbanding EV lain. Ini membolehkan pemandu melakukan banyak trip membawa dan menghantar penumpang ke destinasi.
- Ruang kabin luas menawarkan keselesaan untuk penumpang belakang. Hyundai IONIQ 5 memiliki jarak roda panjang 3,000mm.
BACA >>> Hyundai IONIQ 6 Diperkenal dengan Rekabentuk Jauh Berbeza daripada IONIQ 5!
BACA >>> Hyundai Ioniq 5 Ini Boleh Cas Guna Tenaga Solar
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply