• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Wuling Serpol No 1 (2023), Cruiser Klon Honda Rebel dengan Fairing

Wuling Serpol No 1 (2023), Cruiser Klon Honda Rebel dengan Fairing

March 1, 2023 By Sharil Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JENAMA motosikal China, Wuling melancarkan cruiser terbaharu, Serpol No 1 dengan rekabentuk unik. Bagaimanapun, rekabentuk itu dikatakan meniru terang-terangan Honda Rebel hingga dianggap sebagai klon kepada model Honda tersebut.

Wuling Serpol menerima lampu LED bulat, manakala bahagian lain seperti tangki minyak, pelana dan bahagian belakang terdedah mengingatkan kita kepada Honda Rebel 500.

Ekzos motosikal mendapay ekzos 2-1 dengan paip krom. Ada dua pilihan warna, ditawarkan, hitam dan putih.

Dari segi mekanikal, Wuling Serpol No 1 menggunakan enjin Loncin 494cc jenis Twin Parallel berkuasa 54bhp dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Bahagian suspensi menggunakan fork teleskopik di depan, dan absorber kembar di belakang, manakala sistem brek daripada J Juan dengan cakera tunggal di depan dan belakang berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Secara keseluruhan, Wuling Serpol No 1 ialah model klon sebenar untuk Honda Rebel 500.

Walaupun dilancarkan di China, tetapi harga masih misteri. Cruiser ini disasarkan memasuki pasaran Eropah suatu masa nanti.

Memandangkan Malaysia tidak menerima produk jenama Wuling secara rasmi, tiada harapan klon Rebel 500 ini dilancarkan untuk pasaran negara ini.

BACA >>> Honda Rebel 500 (2023) Lancar di Eropah dengan Tambahan Varian Baharu
BACA >>> Wuling Air EV (2022) Jadi Fenomena di Indonesia, 3,000 Unit Terjual dalam Masa Dua Bulan

Wuling Serpol no 1 2
wuling serpol no 1 3
wuling serpol no 1 4
wuling serpol no 1 5
wuling serpol no 1

SUMBER: BikeWale

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: China, cruiser, Honda Rebel 500, Serpol No 1, Wuling

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev