• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Tenere 700 Extreme Edition (2023) Lancar di Eropah, Harga RM56k!

Yamaha Tenere 700 Extreme Edition (2023) Lancar di Eropah, Harga RM56k!

March 1, 2023 By Sharil Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Eropah mengumumkan model adventure tourer Yamaha Tenere 700 Extreme Edition (2023) yang dinaik taraf untuk tunggangan off-road.

Media automotif di Perancis dan Itali sudah mengesahkan ketibaan model tersebut di pasaran negara masing-masing, tetapi masih belum diumumkan untuk pasaran Britain.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?
BACA >>> Hennessey VelociRaptor 600 Sherco Edition, Edisi Trak Pikap Off-Road dan Motosikal Enduro!

Aspek mekanikal masih menggunakan enjin sama, 690cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 73.4hp dan tork 68Nm.

Kemas kini versi Extreme Edition itu menumpukan aspek casis dan suspensi yang kini ditala lebih padu ditunggang off-road dengan jarak travel lebih panjang.

Komponen fork kini boleh laras penuh jenis KYB 43mm, manakala belakang menggunakan, monoshock KYB boleh laras jenis prabeban, lantun semula dan redaman.

Secara keseluruhan, Yamaha Tenere 700 Extreme Edition (2023) lebih tinggi 20mm dengan jarak tinggi bumi 260mm.

Model berkenaan juga mendapat peg kaki titanium boleh laras dengan permukaan menajam untuk memberikan lebih cengkaman kaki.

Madgad standard digantikan madgad jenis enduro yang lebih tinggi, manakala pelindung radiator diberikan standard.

Pelana diubah kepada jenis tunggal gaya enduro dengan ekstra kusyen 20mm berbanding model biasa, menjadi ketinggian bertambah kepada 910mm.

Yamaha Tenere 700 Extreme Edition (2023) kini dipasarkan di Perancis, Itali dan Jerman pada harga €11,899 (RM56,550).

BACA >>> #Spyshot: Suzuki V-Strom 700 Dikesan! Kini Enjin Parallel-Twin, Bakal Cabar Yamaha Tenere 700
BACA >>> Yamaha Tenere 700 (2022) Lancar dengan Warna Baharu

SUMBER: Visor Down

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2023, adventure tourer, Auto Terkini, Italy, Jerman, KYB, off-road, roda2, Yamaha Eropah, Yamaha Tenere 700 Extreme Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my