• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cameron Highlands Tak Perlu Jalan Baharu, Hanya Perlu Tempat Parkir Kereta

Cameron Highlands Tak Perlu Jalan Baharu, Hanya Perlu Tempat Parkir Kereta

February 28, 2023 By Sharil Leave a Comment

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERSATUAN Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) meminta Kerajaan mengkaji semula rancangan pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di Cameron Highlands untuk mengatasi kesesakan seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2023, baru-baru ini.

Presiden Reach, A Dilip Martin berkata, laluan baharu bernilai RM480 juta itu bukan lokasi kesesakan, dan tidak pernah berlaku kesesakan di situ. Kesesakan biasanya berlaku antara laluan Tanah Rata ke Tringkap, terutama di Kea Farm.

Kenapa hendak buat laluan baharu dari Habu ke Tanah Rata sedangkan di situ bukan kawasan sesak? Adakah pihak berkenaan tidak buat kajian terhadap rancangan ini?`"

Menurut Martin, masalah kesesakan di pusat peranginan itu bukan disebabkan masalah jalan raya, tetapi kekurangan tempat letak kenderaan.

Justeru beliau meminta Kerajaan membina lebih banyak tempat parkir kenderaan untuk pelancong, dan fasiliti lain di lokasi sesuai seperti parkir bertingkat.

Kesesakan trafik di sini disebabkan tiada tempat letak kenderaan. Gerai banyak dibina tetapi tiada tempat parkir," katanya.

Menurutnya, peruntukan membina jalan baharu terlalu besar dan tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik.

Lebih baik bina tempat parkir bertingkat, dan dari situ disediakan bas untuk pelancong pergi ke satu-satu tempat," katanya lagi.

Selain itu, Martin mendakwa projek hartanah bersepadu yang mengunjur dari Brinchang ke Kea Farm di Cameron Highlands juga memburukkan lagi kesesakan di kawasan berkenaan.

Ini kerana jumlah pelancong ke sana meningkat mendadak hingga melebihi 600,000 pengunjung setahun.

BACA >>> Perak Rancang Bina Kereta Kabel dari Tapah ke Cameron Highlands
BACA >>> #Belanjawan2023: Jalan Sesak di Tempat Pelancongan Akan Dinaik Taraf

SUMBER: Utusan

 

Related

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Belanjawan 2023, Brinchang, Cameron Highlands, Habu, Kea Farm, kesesakan trafik, PERSATUAN Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), tanah rata, Tringkap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev