• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Brio Paling Laris di Indonesia Sepanjang Januari 2023, Tewaskan Toyota Avanza!

Honda Brio Paling Laris di Indonesia Sepanjang Januari 2023, Tewaskan Toyota Avanza!

February 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Brio mendahului senarai kenderaan paling laris di Indonesia sepanjang Januari 2023 dengan memintas model popular seperti Daihatsu Sigra dan Toyota Avanza.

Menurut statistik Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (Gaikindo), Honda Brio mencatat hantaran dari pengilang ke pengedar sebanyak 7,327 unit.

BACA >>> Pelanggan Tempah Perodua Myvi Ubah Fikiran Pilih Beli Axia (2023)
BACA >>> Perodua Masih 'Pujuk' Pembeli Axia Lama Tukar Axia Baharu (2023)

jualan kereta paling laris indonesia januari 2023
HONDA BRIO JUALAN INDONESIA JANUARI 2023

Prestasi jualan itu dikatakan positif kerana jualan model bandar itu pernah terjejas akibat pandemik Covid-19. Malah, Honda Brio juga pernah menjadi model kereta paling laris Indonesia sepanjang 2022.

Daihatsu Sigra menduduki carta kedua tertinggi dengan rekod jualan 6,644 unit, meningkat berbanding tahun lalu, 5,130 unit.

honda-brio-rs-indonesia
toyota-avanza-indonesia
daihatsu-sigra-indonesia

Tempat ketiga diraih Toyota Avanza dengan jualan 5,782 unit, meningkat hampir sekali ganda berbanding pencapaian Januari 2022 (3,188 unit).

Tempat keempat dan kelima menjadi milik Toyota Rush (5,140 unit) dan Daihatsu Gran Max Pickup (4,825 unit).

Jumlah keseluruhan jualan kenderaan pada Januari 2023 ialah 94,087 unit, meningkat 50.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (62,326 unit). Berikut senarai 10 model paling laris Januari 2023 (borong) di Indonesia:

  • Honda Brio (RS and Satya): 7,327 unit
  • Daihatsu Sigra: 6,644 unit
  • Toyota Avanza: 5,782 unit
  • Toyota Rush: 5,140 unit
  • Daihatsu Gran Max PU: 4,825 unit
  • Mitsubishi Xpander: 4,576 unit
  • Toyota Calya: 3,680 unit
  • Suzuki Carry PU: 3,658 unit
  • Toyota Kijang Innova Zenix (termasuk Hybrid): 3,507 unit
  • Honda HR-V: 3,429 unit

BACA >>> Ini Senarai Jualan MPV Mampu Milik Paling Laris di Indonesia Sepanjang Januari 2023
BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

SUMBER: Kompas | Ber.Kendara

Related

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, city car, Daihatsu Gran Max Pickup, Daihatsu Sigra, Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO), hatchback, Honda, Honda Brio, Roda4, Toyota Avanza, Toyota Rush

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev