• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Kuantan Keluar Lebih 200 Saman, Sita 15 Motosikal dalam Op Samseng Jalanan

Polis Kuantan Keluar Lebih 200 Saman, Sita 15 Motosikal dalam Op Samseng Jalanan

February 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

POLIS menjalankan siri operasi bersepadu termasuk sekatan jalan raya (SJR) untuk membanteras gejala samseng jalanan di beberapa lokasi panas di Kuantan, Pahang.

Menurut kenyataan Polis Trafik Kuantan, lebih 200 saman dikeluarkan dalam operasi berkenaan yang bermula Sabtu lalu jam 5 petang hingga 6 pagi keesokan hari.

BACA >>> Remaja Guna Nombor Plat Janda Kena Tahan Polis
BACA >>> JPJ Reviu Motor Rempit Kena Sita, Siap Belanja Bunyi Ekzos Perang

AGENSI TERLIBAT

Operasi diketuai Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu yang dibantu lima pegawai dan 28 anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuantan, Balai Polis Kuantan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan JSJ Negeri.

Seramai 10 anggota penguat kuasa lain dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang (empat anggota) dan  Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang (enam anggota) turut membantu operasi.

LOKASI OPERASI

Operasi pertama Jalan Pantai Balok. Ada segelintir mat motor sering beraksi merbahaya dan menganggu ketenteraman pengunjung sekitar Pantai Balok dan Dhe Ru.

Operasi kedua berkonsep SJR di Jalan Tanah Putih dan Jalan Hj.Ahmad. Membanteras pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan nombor plat tidak mengikut peraturan ditetapkan serta pelbagai kesalahan lalu lintas lain.

Operasi ketiga di Jalan Kuantan dan Gambang (Sungai Isap Batu 3) yang bertujuan membanteras gejala mat rempit.

HASIL OPERASI

Polis mengeluarkan 202 saman. JPJ mengeluarkan 12 saman dan enam notis arah periksa teknikal kerana mengubah suai struktur kenderaan. JAS pula mengeluarkan 11 kompaun disebabkan kesalahan ekzos bising di bawah Peraturan 4  Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising kenderaan motor) 1987.

Sebanyak 15 motosikal disita.

TANGKAPAN OPERASI

Polis menahan seorang lelaki melakukan aksi wheelie dan akan disiasat bawah Sekyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Seorang lagi lelaki ditahan kerana menggunakan nombor plat palsu dan disiasat bawah Seksyen 108 APJ 1987.

BACA >>> Yamaha R25 Pamer Plat Palsu Disita, Netizen Syak Motor Lari Kedai

Related

152
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, Jabatan Alam Sekitar (JAS), mat rempit, Operasi Bersepadu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Polis Kuantan, Polis Pahang, Samseng Jalanan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev