DIDI Group secara rasmi melancarkan bilik pameran pertama, MotoPlex Butterworth yang menempatkan empat jenama premium Itali seperti Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi.
Bukan hanya sekadar bilik pameran, MotoPlex Butterworth turut menawarkan khidmat pusat servis buat pelanggan.
MotoPlex Butterworth dikendalikan GB Motorcycles Sdn Bhd, iaitu pengedar pertama dilantik Didi Group sebagai pengedar rasmi jenama Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di Malaysia.
Secara keseluruhan, MotoPlex Butterworth berkeluasan 3,200 kaki persegi dengan 2,600 kaki persegi dibahagikan untuk kegunaan bilik pameran, manakala pusat servis berkeluasan 600 kaki persegi.
Pusat servis ini turut dilengkapi alatan baik pulih lengkap dan mekanik terlatih bagi memberikan pelanggan servis memuaskan.
MotorPlex Butterworth juga MotoPlex pertama di Pulau Pinang dan kedua dilancarkan di Malaysia selepas MotoPlex Petaling Jaya.
Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo berkata, pembukaan MotoPlex Butterworth akan menguatkan lagi kedudukan dan membantu menaikkan lagi nama pengedar itu di Malaysia.
MotoPlex ialah rumah bagi jenama ikonik Piaggio. Dengan ada Piaggio di bawah satu bumbung, kami dapat menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang mahukan motosikal Itali yang bergaya, berprestasi dan berteknologi,” katanya.
Tambahnya, konsep MotoPlex diperkenalkan di seluruh Malaysia berikutan penerimaan baik di MotoPlex Petaling Jaya sebagai pusat sehenti bagi sektor automotif dua roda.
Sementara itu, Pengerusi GB Motorcycles, Kheoh Hock Seng berkata, penawaran empat jenama ikonik di bawah MotorPlex Butterworth bakal memberikan pengalaman bermotosikal menyeronokkan.
Kami bukan sekadar membuat kenderaan, kami mengubah cara manusia bergerak,” katanya.
MotorPlex Butterworth beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang dan bertempat di Jalan Perusahaan, 13600, Perai, Pulau Pinang.
BACA >>> Didi Resources Ambil Alih Operasi Vespa di Malaysia
BACA >>> Piaggio Group Buka Kilang di Indonesia Tahun Ini, Tayang Model Aprilia SR GT
Leave a Reply