• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMWT Buka Tempahan Toyota Vios 2023 di Malaysia, Cuma Dua Varian, Harga RM90k-RM96k

UMWT Buka Tempahan Toyota Vios 2023 di Malaysia, Cuma Dua Varian, Harga RM90k-RM96k

February 24, 2023 By Han Othman Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) membuka tempahan Toyota Vios 2023 generasi keempat, dengan kod nama AC100 pada harga anggaran bermula RM90,000 atas jalan tanpa insurans untuk varian asas 1.5E AT, dan RM96,000 untuk varian 1.5G AT.

Sementara itu, dua varian sedia ada 1.5J dan versi sporty GR-S digugurkan dalam senarai varian ditawarkan.

BACA >>> Beza 4 Varian Toyota Vios (2022) Serba Baharu Versi Thailand

Toyota Vios (2023) kini dipasarkan sebagai fastback berbanding sedan dengan menampilkan penambahbaikan signifikasi berbanding model terdahulu. Antara ciri diberikan ialah:

  • Sistem unit infotainment Display Audio 9 inci dengan konektiviti wayarles Android Auto dan Apple CarPlay yang sebelum ini menggunakan kabel.
  • Ventilator penyaman udara di belakang.
  • Brek parkir elektronik (EPB)  dengan brek pegun automatik (auto brake hold).
  • Mod pandu dinaikkan kepada tiga mod: Power, Eco dan Normal (sebelum ini cuma Eco dan Sport).
  • Rim aloi 17 inci, pedal syif dan monitor paparan panoramik (PVM).
  • Dilengkapi teknologi keselamatan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada Elak Tukar Lorong (LDP), Amaran Tukar Lorong (LDW), Amaran Kereta Depan Gerak (FDA), Sistem Pra Perlanggaran (PCS), Kawalan Kekal Lorong (LKC), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB).
  • Ada ciri Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Ada lima warna ditawarkan: Silver Metallic (perak), Nebula Blue Metallic (biru), Spicy Scarlet SE (merah), Attitude Black (hitam), dan Platinum White Pearl (putih).
  • Tiada spesifikasi didedahkan tetapi sedan segmen-B ini dijangka dijana enjin 4-silinder 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i berkuasa 104hp dan tork 138Nm, dengan transmisi automatik Dual-CVT (D-CVT). Sebagai makluman, Toyota Vios sedia ada dipacu enjin 2NR-FE 1.5L Dual VVT-i berkuasa 105hp dan torl 140Nm.

BACA >>> Toyota Vios (2023) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM95.9k!
BACA >>> Thailand Lancar Toyota Vios (2023) Serba Baharu, 4 Varian, Harga Mula RM67k!

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, sedan segmen-B, Tempahan Toyota Vios (2023), Toyota Vios (2023), UMW Toyota Motor (UMWT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my