• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Ducati Diavel V4 Tawar Pakej Aksesori, Kini Ada Beg Sisi, Rim Tempa Aluminium!

Ducati Diavel V4 Tawar Pakej Aksesori, Kini Ada Beg Sisi, Rim Tempa Aluminium!

February 27, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DIJUAL pada julat harga kereta penumpang, memiliki motosikal kuasa tinggi adalah satu pencapaian, apatah lagi jika produk itu berjenama Ducati.

Langkah seterusnya adalah menambah aksesori sebagai ciri personal. Selain pelbagai pilihan di pasaran, Ducati turut menawarkan barisan produk sendiri. Terbaharu Ducati menawarkan pakej aksesori untuk Ducati Diavel V4 dalam tiga pilihan pakej, iaitu Style, Sport dan Touring.

BACA >>> Ducati Diavel V4 (2023) Menang Motosikal Tercantik EICMA 2022!
BACA >>> Pengurus Ducati Kesal Tak Sempat Kerjasama dengan Rossi

1. Pakej Sport

Pakej ini menonjolkan imej berkuasa dan maskular Ducati Diavel V4. Antara aksesori diberikan ialah madgad depan, penutup tangki dan penutup ekzos gentian karbon.

Turut ditawarkan penutup tangki bilet aluminium yang tahan lasak dan dilengkapi sistem anti-tamper.

2. Pakej Style

Ducati Performance Diavel V4 2023.03
Ducati Performance Diavel V4 2023.06
Ducati Performance Diavel V4 2023.04
Ducati Performance Diavel V4 2023.05

Ducati menawarkan madgad belakang gentian karbon dan pelbagai komponen Ducati by Rizoma seperti tuil, cermin sisi, penutup tangki minyak klac dan brek, serta penutup isi minyak daripada bilet aluminium.

Satu lagi komponen ialah kaliper brek merah atau hitam di depan yang dibuat dengan kerjasama Brembo.

Karakteristik sama seperti kaliper standard, tetapi menggunakan cat khas yang tahan suhu tinggi.

3. Pakej Touring

Seperti nama, pakej ini dibuat untuk pemilik Ducati yang mahu mengembara bersama Diavel V4. Antara aksesori diberikan ialah grip hendal dengan pemanas, sepasang beg semi-rigid dan penyandar untuk pembonceng.

Satu lagi aksesori menarik ialah rim tempa aluminium kepada pemilik yang mahu beralih selera daripada rim asal rekaan kipas.

Rim baharu itu dihasilkan dalam saiz standard, 3.50 x 17 inci dan 8.00 x 17 inci.

BACA >>> Ducati Diavel V4 (2023) Diperkenal, Enjin V-Twin Diganti V4, Lampu Belakang Unik!
BACA >>> Kenapa Perlu Panigale Kalau Cuma Nak ke Kedai Depan Rumah? Naik Saja Ducati PRO-III

Aksesori Ducati Performance Diavel V4 (2023)
Ducati Performance Diavel V4 2023.01
Ducati Performance Diavel V4 2023.02
Ducati Performance Diavel V4 2023.03
Ducati Performance Diavel V4 2023.04
Ducati Performance Diavel V4 2023.05
Ducati Performance Diavel V4 2023.06
Ducati Performance Diavel V4 2023.07
Ducati Performance Diavel V4 2023.08
Ducati Performance Diavel V4 2023.09

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, Ducati, Ducati Diavel, Ducati Diavel 2023, Ducati Diavel V4, Ducati Performance, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev