• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Masih 'Pujuk' Pembeli Axia Lama Tukar Axia Baharu (2023)

Perodua Masih 'Pujuk' Pembeli Axia Lama Tukar Axia Baharu (2023)

February 23, 2023 By Shawkath Leave a Comment

721
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERODUA mengesahkan model Axia serba baharu (2023) sudah mencatat tempahan sebanyak 32,000 unit sehingga semalam (22 Februari 2023).

Jumlah itu termasuk peralihan sebahagian pengguna yang membuat tempahan Axia lama kepada model Axia generasi kedua.

BACA >>> Ada 220k Tempahan Tunggak, Pembeli Belum Dapat Axia Lama Digalak Tukar Perodua Axia (2023)

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata:

Tempahan Axia baharu sudah mencecah lebih 30,000 unit dan lebih separuh jumlah itu ialah convert (peralihan) tempahan dari model Axia lama.

"Hari itu saya beritahu, ada kira-kira 44,000 tempahan Perodua Axia lama (generasi pertama) yang tertunggak dan hampir 20,000 lebih pelanggan sudah setuju untuk beralih kepada model Axia baharu (2023).

"Buat masa ini, kami masih berunding dengan baki pelanggan yang membuat tempahan Axia lama (untuk menukar kepada Axia 2023). Proses ini masih berjalan dan dibuat secara berperingkat."

Jika ada pelanggan yang masih enggan bertukar tempahan kepada model Axia baharu, besar kemungkinan tempahan mereka terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, Perodua tetap menawarkan opsyen lain iaitu pelanggan boleh memilih model Axia (2023) versi manual yang bakal dilancarkan pada bulan April nanti.

BACA >>> #Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Mana Lagi Ngam?
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Rasmi Lancar dengan Harga Mula RM38.6k!
BACA >>> Tiada Lagi 4-EAT, Perodua Axia (2023) Guna Transmisi D-CVT, Apa yang Bagus?

Related

721
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Perodua Axia (2019), Perodua axia 2023, tempahan Perodua Axia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev