• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beg Udara Dalam Seluar Jeans Lindungi Kaki Penunggang Motor, Harga RM2.2k!

Beg Udara Dalam Seluar Jeans Lindungi Kaki Penunggang Motor, Harga RM2.2k!

February 22, 2023 By Sharil Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SYARIKAT Sweden, Mo'cycle mencipta seluar jeans yang berfungsi sebagai beg udara kecemasan serta mampu melindungi bahagian kaki dan paha penunggang motosikal sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan.

Syarikat itu memasukkan sistem beg udara kecemasan ke dalam seluar tersebut yang akan mengembang dengan Karbon Dioksida jika penunggang terlibat dalam kemalangan motosikal.

Berdasarkan maklumat, Kartrij CO2 yang boleh diganti pada seluar jeans ini hanya akan membebaskan gas tersebut apabila penunggang terjatuh dari motosikal.

Tahap keselesaan seluar jeans ini sama sahaja seperti seluar jeans lain kerana jika beg udara itu tidak diaktifkan, beg udara pada seluar itu pula tidak kelihatan.

Selain itu, fabrik yang digunakan pada seluar ini juga lebih tahan dan tak mudah koyak walaupun nampak macam seluar jeans biasa.

Untuk berfungsi dengan baik, seluar jeans itu mesti disambungkan ke motosikal melalui tali elastik yang berfungsi sebagai tali pinggang yang membolehkan penunggang bergerak dengan bebas.

Namun ketika penunggang terjatuh, tali elastik yang tersambung dengan seluar akan tertanggal dan bahagian beg udara pada seluar itu akan diisi dengan gas secara serta-merta bagi mengurangkan risiko kaki terhentak dengan permukaan jalan.

Selain beg udara, seluar jeans itu turut dilengkapi dengan pad keselamatan yang diluluskan CE pada lutut untuk memberi lebih perlindungan daripada sebarang hentakan.

Seluar jeans dengan fungsi beg udara kecemasan ini boleh didapati pada harga AS$499 (RM2,200).

BACA >>> Airoh, Autoliv Debut Helmet dengan Beg Udara di EICMA 2022
BACA >>> Pejabat Paten Amerika Dedah Lakaran Beg Udara Payung Terjun untuk Penunggang

SUMBER: inmoto

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Airbag, aksesori, beg udara kecemasan, Isu keselamatan penunggang, Mo'cycle, motosikal, Seluar Beg Udara Motosikal, Seluar Jeans, Sweden

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my