• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 3 Peratus Projek Pembangunan Kerajaan Disifatkan 'Sakit' Termasuk Lebuh Raya

3 Peratus Projek Pembangunan Kerajaan Disifatkan 'Sakit' Termasuk Lebuh Raya

February 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ADA sekitar 3 peratus atau kira-kira 25 projek daripada keseluruhan 800 projek pembangunan Kerajaan dikategorikan sebagai 'projek sakit' atau bermasalah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan sebilangan penyebab fenomena projek sakit berlaku yang dikaitkan dengan beberapa situasi semasa.

PENYEBAB PROJEK SAKIT

  • Kenaikan kos bahan binaan global secara mendadak iaitu diluar kawalan pihak Kementerian Kerja Raya (KKR).
  • Faktor inflasi mendorong kenaikan harga bahan mentah keluaran dalam negara.
  • Faktor kegagalan pihak kontraktor menguruskan soal kewangan.
  • Isu kekurangan tenaga pekerja dan juga faktor pasca-pandemik Covid-19.

Alexander berkata:

Bahan binaan naik mendadak ini memang menjadi satu masalah utama walaupun kerajaan sudah membantu dengan pelbagai cara, termasuk melanjutkan masa kepada pihak kontraktor.

"Antara contoh projek sakit seperti jalan raya, lebuh raya dan juga bangunan.”

BANYAK LEBUH RAYA 'SAKIT'?

Apabila ditanya mengenai contoh lebuh raya yang dikatakan bermasalah (projek sakit), ini respons beliau:

“Banyak lebuh raya. Tak adil jika saya sebut pun kepada satu dua (pihak). Banyaklah.”

Beliau menyatakan sedemikian pada sidang media selepas tamat sesi Townhall bersama kumpulan kontraktor G1 hingga G3 di Kompleks Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur.

BACA >>> Pengantin 6 Hari Maut Langgar Jalan Berlubang

APA USAHA PIHAK KEMENTERIAN?

Alexander menyatakan pihaknya masih berusaha mencari jalan untuk menyiapkan semua projek berkenaan tetapi  cuba mengelak menyuntik lebihan dana kewangan kerana itu langkah tidak adil kepada pembinaan projek baharu.

Beliau menyatakan industri pembinaan Malaysia memerlukan khidmat sekitar 400,000 pekerja asing tetapi masih berdepan kekurangan lebih 120,000 pekerja asing.

Jelas beliau, baru-baru ini ada perubahan dan penambahbaikan sistem pengambilan pekerja asing dan  memudahkan perolehan khidmat pekerja luar.

HARGA BAHAN BINAAN NAIK SEBAB PIHAK KARTEL?

Sumber industri yang ditemui Pandulaju memberitahu harg bahan mentah binaan serantau dan global menyaksikan kenaikan dan isu itu bukan disebabkan permainan kartel dalam industri pembinaan tempatan.

Khabarnya, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) juga sudah menyiasat aduan diterima mengenai dakwaan kartel industri yang memainkan harga bahan binaan tetapi siasatan mendapati perkara itu tidak berasas.

Sumber memberi senario tiga bahan binaan utama iaitu keluli, simen dan pasir.

  • Bahan mentah seperti keluli memang menunjukkan peningkatan lebih signifikan sebelum pandemik Covid-19 tetapi harganya sudah stabil dan menyaksikan sedikit penurunan harga.
  • Simen menyaksikan kenaikan harga yang tidak konsisten iaitu naik dan stabil sebelum harga terus meningkat kembali.
  • Pasir pula dikatakan stabil dan tidak menunjukkan kenaikan harga.

BACA >>> Jalan Jerantut-Benta Tutup 3 Bulan untuk Kenderaan Berat
BACA >>> Sistem Bayaran Tol Terbuka MLFF Mungkin Laksana Sebelum 2025
BACA >>> Kemalangan Innova vs Veloz: Kementerian Nilai Semula Garis Jalan NKVE

Related

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Kementerian Kerja Raya (KKR), Lebuh Raya Bermasalah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev