• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Mercedes Plat Singapura Isi RON97 Dalam Tong Plastik, Netizen Terus 'Bersidang'

Pemandu Mercedes Plat Singapura Isi RON97 Dalam Tong Plastik, Netizen Terus 'Bersidang'

February 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

AKSI pemandu lelaki kereta Mercedes E250 dengan nombor plat pendaftaran Singapura yang mengisi dua tong plastik dengan minyak petrol di sebuah stesen minyak di Johor  tular di media sosial.

Sebaik selesai mengisi minyak petrol ke dalam dua tong berkenaan, dia dilihat menyimpan bekalan bahan api tersebut di dalam but kereta jenama Jerman itu.

PAPARAN KLIP VIDEO

Berdasarkan rakaman video kamera pemuka kenderaan lain, pemandu Mercedes itu dilihat sedang mengisi petrol ke dalam dua tong plastik jenis lut cahaya.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 16 Februari 2023 di Stesen Minyak Petron di Taman Pelangi iaitu kira-kira 5km dari Tambak Johor.

Pemandu itu dilihat memegang dua tong plastik berisi petrol sambil berjalan ke sebelah kiri kereta tersebut. Dia kemudian meletakkan tong plastik itu secara berasingan ke dalam beg plastik dan dimasukkan ke dalam but kereta sama.

Berdasarkan penerangan kapsyen video tular itu, lelaki berkenaan membuat isian minyak petrol RON97 di stesen berkenaan dan bahan api itu boleh dibeli pemandu asing kerana tidak disubsidi Kerajaan Malaysia.

BACA >>> Menteri: Subsidi Petrol Ikut Sesaran Enjin Tidak Sesuai, Akan Guna Data JPJ, LHDN dan BNM

MENGAPA JADI KECOH

Video tersebut mengundang komen netizen disebabkan tingkah laku pelik. Ini mungkin ada gesaan meminta pihak berkuasa Singapura di kawasan sempadan melakukan pemeriksaan ke atas kereta Mercedes tersebut kerana mengimport masuk bahan api. Itu pun jika individu terlibat membawa balik bekalan petrol tersebut ke Singapura.

Ada juga pelayar media sosial merasakan lelaki itu dipercayai membawa petrol rentas sempadan dan menikmati manfaat harga petrol murah yang dijual di Malaysia.

Segelintir netizen lain cuba berfikiran positif dengan memberi pandangan bahawa lelaki itu mungkin mahu gunakan minyak petrol tersebut untuk menghidupkan generator kerana dia mungkin melakukan aktiviti riadah seperti memancing ikan.

Ada netizen beranggapan lelaki itu membeli petrol tersebut untuk membantu kenderaan lain yang terhenti di tepi jalan gara-gara kehabisan minyak petrol atau menuju ke suatu lokasi luar bandar yang belum pernah dijelajahnya.

ISU IMPORT PETROL MALAYSIA MASUK SINGAPURA

Timbul satu soalan sama ada pemandu dibenarkan import petrol Malaysia masuk ke Singapura dengan membuat isian bahan api ke dalam bekas berasingan (selain tangki minyak). Secara jujur, jawapan kepada itu dikatakan bersifat kurang jelas.

Topik mengenai import petrol Malaysia ke Singapura pernah menjadi topik pada tahun 2002 dan 2016 tetapi diskusi mengenainya tidak membawa kepada satu jawapan jelas.

Ada yang mendakwa memang dibenarkan kerana ada segelintir pemandu membawa bersama bekalan kurang 5 liter petrol di dalam tong berasingan kerana bimbang kenderaan mereka kehabisan bahan api di jalan raya.

Pandangan lain menyatakan individu yang membawa bahan api dalam tong berasingan disarankan mengisytiharkannya semasa pemeriksaan Kastam.

BACA >>> Lepas RON95, Pemandu Singapura Kantoi Pula Curi Cas Kereta Elektrik di Shell Recharge
BACA >>> Kementerian Siasat Foto Tular Pemandu Singapura Isi Petrol RON95
BACA >>> #Videotomotif: Wanita Buat Aksi Pelik dan Bahaya, Isi Minyak Petrol dalam Beg Plastik

SUMBER: Mothership

Related

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Mercedes E250, Pemandu Asing Beli Petrol Malaysia, pemandu singapura, Roda4, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev