• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha R15M (2023) India Dapat Panel Meter Baru, Lampu Signal Belok LED, Harga RM10.3k!

Yamaha R15M (2023) India Dapat Panel Meter Baru, Lampu Signal Belok LED, Harga RM10.3k!

February 17, 2023 By Shawkath Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Motor India memperkenalkan sportbike YZF-R15M (2023) versi dipertingkat yang kini dilengkapi panel meter baharu dengan ciri konektiviti Yamaha Y-Connect pada harga 193,900 rupee (RM10,370).

Yamaha YZF-R15M (2023) dilengkapi panel meter TFT warna penuh dengan indikator gear yang diilhamkan daripada superbike Yamaha YZF-R1, dan turut dilengkapi pilihan mod tunggang Track dan Street.

BACA >>> Harga Motosikal Asyik Naik, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha
BACA >>> Harga Jualan Asas Lima Model Yamaha Naik Bulan Ini, Serendah RM300

METER BERWARNA BAHARU

Fungsi panel meter baharu itu kini boleh dihubungkan dengan telefon pintar menggunakan Bluetooth untuk akses aplikasi Y-Connect yang memaparkan empat maklumat seperti:

  • Panggilan masuk atau panggilan tidak dijawab.
  • SMS dan e-mel.
  • Status koenktiviti aplikasi Y-Connect.
  • Status bateri telefon pintar.

Yamaha Y-Connect dapat membantu penunggang melihat kadar penggunaan petrol, rekomendasi servis motosikal dan lokasi akhir parkir.

BACA >>> Lama Sangat Dapat Motor, Ini Penjelasan Orang Kuat Yamaha

LAMPU SIGNAL BELOK LED

Yamaha YZF-R15M (2023) juga dipasangkan lampu signal belok LED yang melengkapkan sistem lampu sportbike itu kepada LED penuh.

Model ini juga masih mengekalkan sistem lampu utama tunggal LED, lampu siang (DRL) LED dan lampu belakang LED daripada model terdahulu.

HANYA SATU PILIHAN WARNA

yamaha-r15m-india-2023-1
yamaha-r15m-india-2023-4
yamaha-r15m-india-2023-3
yamaha-r15m-india-2023-2

Yamaha turut mengekalkan hanya satu pilihan warna, iaitu Metallic Grey (kelabu) dengan rim aloi biru. Tiada perubahan pada panel badan, dan semua spesifikasi sedia ada dikekalkan.

BACA >>> Selepas Bangladesh, Yamaha YZF-R15M (2022) Bakal Lancar di Malaysia?
BACA >>> Yamaha R15 Connected (2023) Tambah Warna Baharu di Indonesia, Harga RM11.2k

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, roda2, sportbike, Yamaha Motor India (YMI), Yamaha Y-Connect, Yamaha YZF-R15M (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev