PELAJAR sekolah dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) kini boleh menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara percuma sepanjang masa dengan menggunakan pas perjalanan tanpa had MyRailLife.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pas perjalanan percuma MyRailLife dikhaskan untuk pelajar sekolah tahun satu hingga tingkatan enam dan OKU untuk tiga perkhidmatan KTMB iaitu:
BACA >>> Menteri, KTMB Cadang Tren Percuma untuk OKU, Pelajar
BACA >>> Anthony Arah Gantung Operasi Syarikat Lori Punca Ibu Hamil Parah, Bayi dalam Kandungan Maut
- Shuttle Timuran Sektor Gemas-Tumpat-Gemas
- KTM Komuter Sektor Lembah Klang
- KTM Komuter Sektor Utara
Loke berkata;
Selain memanfaatkan pelajar sekolah dan OKU, pas ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa selaras hasrat Kerajaan mengawal kos sara hidup.”
Anthony menjelaskan, MyRailLife boleh digunakan tanpa had untuk pelajar sekolah dan golongan OKU yang sudah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
MyRailLife melibatkan kos RM4 juta setahun dan dikuat kuasa kelmarin dengan mencatat 320 pendaftaran seluruh negara pada hari pertama.
Beliau memberi contoh, seorang individu OKU yang tinggal di Alor Setar (Kedah) dan bekerja di Butterworth (Pulau Pinang) perlu berbelanja RM7.20 sehari atau RM180 sebulan untuk kos pengangkutan perkhidmatan komuter pergi-balik.
Dengan ada pas MyRailLife, beliau mendapat penjimatan perbelanjaan pengangkutan itu.”
TREN KTM UTARA DITAMBAH
Anthony berkata lagi;
Saya juga menerima keluhan para penumpang KTM Komuter Sektor Utara, terutama di laluan Padang Besar-Butterworth, yang mengadu kesesakan di waktu puncak disebabkan permintaan semakin meningkat.
"Justeru, 3 set tren Skypark Link Subang akan dikerah ke Komuter Sektor Utara untuk meningkatkan kekerapan pada waktu puncak pagi dan petang.
"Saya harap redeployment tersebut dapat membantu kalian yang bekerja dan berulang-alik dari Padang Besar hingga Butterworth."
BAGAIMANAKAH NIKMATI FAEDAH MYRAILLIFE?
- Perlu daftar dengan KTMB untuk dapatkan nombor Passenger Name Record (PNR).
- Pendaftaran dibuat secara atas talian melalui aplikasi KITS (KTMB Mobile) atau laman web KTM
- Pendaftaran PNR untuk mendapatkan MyRailLife boleh dibuat di kaunter KTMB.
- Permohonan pendaftaran PNR boleh dibuat penumpang atau pihak penumpang, tetapi perlu kemukakan dokumen berkaitan.
APA DOKUMEN DIPERLUKAN?
- Pelajar tahun satu hingga tingkatan lima: Salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir.
- Pelajar tingkatan enam: Salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir dan borang pengesahan pelajar dari sekolah.
- OKU: Salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir dan salinan asal kad pendaftaran OKU JKM.
KTMB menyatakan pas percuma MyRailLife dijangka mengurangkan kos pengangkutan kira-kira 500,000 pelajar sekolah dan OKU dalam tempoh setahun untuk perkhidmatan KTM Komuter.
BACA >>> Tak Perlu Lagi Tampal Pelekat 'Road Tax' di Cermin, Kini Semua Digital!
BACA >>> Menteri: Kerajaan Jimat RM96j Setahun dengan Cukai Jalan, Lesen Memandu Digital
BACA >>> Netizan Serang JPJ dan Kementerian, Bengang Tunggu Kod TAC MyJPJ Tak Sampai
BACA >>> Menteri Jawab Soalan Tentang MyJPJ Selepas Netizen Serang JPJ, Kementerian
BACA >>> Cukai Jalan Tak Boleh Mansuh Sebab Sumber Pendapatan Negara
Leave a Reply