• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Nissan LEAF Jadi Hibrid AWD 'Kacuk' dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-10R

#BikinKereta: Nissan LEAF Jadi Hibrid AWD 'Kacuk' dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-10R

February 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NISSAN LEAFmungkin salah satu kenderaan elektrik (EV) yang mencatat jualan memberangsangkan di pasaran luar namun kereta itu tidak mampu menandingi keseronokan pemanduan berasakan petrol.

Bagaimanapun, Nissan LEAF ini ada keunikan tersendiri kerana trenkuasa yang digunakan boleh diperah hingga 13,000rpm dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

Nissan LEAF edisi 2013 ini masih menggunakan unit motor elektrik tetapi dengan tambahan seunit enjin Kawasaki Ninja ZX-10R.

Motor elektrik LEAF akan menggerakkan roda depan manakala enjin ZX-10R pula menggerakkan roda belakangnya. Ini membentuk sistem pacuan semua roda untuk Nissan LEAF .

Individu yang membina LEAF hibrid itu ialah Derek Young, seorang jurutera dari San Francisco di Amerika Syarikat. Dia sebenarnya ada impian memiliki sebuah kereta yang dipacu kuasa motosikal untuk menikmati keseronokan pemanduan dan rev tinggi.

Nissan LEAF dipilih kerana harganya agak murah dan lebih mudah untuk membuat kerja ubah suai berbanding model lain. Kereta itu lebih sarat dengan komponen di bahagian depan dan kurang komponen mekanikal pada gandar belakang.

Ini sebabnya dia menempatkan enjin Kawasaki ZX-10R di belakang. Bagaimanapun, kerja modifikasi itu bukannya mudah seperti disangka.

BACA >>> Honda N600 Ini Guna Enjin Motosikal VFR V4 800cc!

Berikut ialah apa yang Young lakukan:

  • Memasang subbingkai belakang Lexus IS350 ke dalam Nissan LEAF .
  • Subbingkai itu sudah diubah suai lebih awal dengan tambahan braket kustom untuk keperluan enjin 4-silinder 998cc ZX-10R.
  • Menggunakan transmisi sequential dan membuat sambungan pacuan rantai ke sproket pelahu (idler sprocket) yang akan memusingkan differential jenama Quaife.
  • Enjin diletakkan di ruang belakang. Untuk memisahkan enjin dengan kabin, dia mendirikan satu dinding akrilik. Udara disalur masuk ke pengambilan udara menggunakan ventilator.
  • Satu bukaan tekanan rendah disediakan dekat lampu belakang untuk membolehkan udara dari radiator disalur keluar bila perlu.
  • Motor elektrik dan pek bateri asal Nissan LEAF dikekalkan sebagai penggerak roda depan.
  • Ada tombol di papan pemuka untuk memilih tahap tetapan pemanduan iaitu:
    • Mod EV penuh
    • Tetapan hibrid enjin motosikal dan unit motor mengikut nisbah 1:1.
    • Mod kuasa maksimum menggunakan enjin motosikal penuh.

BACA >>> BMW Modulo Car M89 - Kereta Tiga Roda dengan Enjin Motosikal 740cc

Berdasarkan laporan, pemanduan mod EV penuh Nissan LEAF itu ada kekangan jarak cuma kira-kira 40km disebabkan faktor pek bateri uzur.

Sistem brek digunakan bersifat campuran beberapa komponen jenama kereta lain seperti kaliper brek depan diambil daripada Nissan 370Z dengan cakera depan Ford Mustang. Set brek belakang kekal daripada model Lexus IS350. Rim pula jenama Enkei dengan balutan tayar Nexen. Young menggunakan kereta hibrid AWD itu sebagai kenderaan trek.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Cas Bateri Telefon Guna Soket Motosikal
BACA >>> Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor

SUMBER: The Drive

Related

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Autoglobal, Bikin Kereta, Kawasaki Ninja ZX-10R, Modifikasi, Nissan LEAF, Nissan LEAF Kawasaki Ninja ZX-10R, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev