• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Cermin Sisi Tanggal: Lebih 1,720 Unit Can-Am Spyder F3, F3-S Dipanggil Balik

Cermin Sisi Tanggal: Lebih 1,720 Unit Can-Am Spyder F3, F3-S Dipanggil Balik

February 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KIRA-KIRA 1,720 unit motosikal roda tiga Can-Am Spyder F3 dan F3-S keluaran 2022 terpaksa dipanggil balik disebabkan masalah cermin sisi.

Masalah itu melibatkan kaca cermin tiba-tiba tertanggal dan jatuh daripada perumah.

BACA >>> Can-Am Ryker (2019) - Model Trike yang Lebih Mampu Milik, Cuma AS$8.4k (RM35k)!
BACA >>> Kymco Lancar Skuter Tiga Roda Pertama, CV3 (2021)

Masalah itu menyebabkan penunggang gagal melihat situasi di belakang yang berisiko kemalangan.

Pengeluar dari Kanada itu, Bombardier Recreational Products Incorporated (BRP) memaklumkan notis panggil balik kepada Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) dibuat pada 6 Februari lalu.

Model terlibat adalah unit keluaran 27 Januari-27 Mei 2022 yang didapati berlaku akibat kesilapan vendor dalam kawalan suntikan plastik.

BRP mendakwa pihaknya menerima laporan mengenai isu cermin sisi tertanggal pada beberapa model Spyder F3 yang dihantar ke premis pengedar.

Pengedar yang menerima stok motosikal terjejas menyatakan kaca cermin sisi berada di lantai kotak kayu bungkusan motosikal.

BRP juga mengesahkan tiada pelanggan terlibat kemalangan akibat isu itu di seluruh dunia. Notis makluman kepada pelanggan terjejas akan dihantar bermula esok (17 Februari) hingga 24 Februari 2023.

Alat ganti akan tiba di rangkaian pengedar rasmi Can-Am pada pertengahan April ini.

BACA >>> Campagna T-Rex Electric - Roadster Tiga Roda dengan Enjin Motosikal EV

SUMBER: NHTSA

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: autoterkini, Bombardier Recreational Products Incorporated, can-am, Can-Am Spyder F3, Can-Am Spyder F3-S, motosikal, Recall, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my