• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / EU Pun Nak Guna Lesen Memandu Digital, Macam Malaysia!

EU Pun Nak Guna Lesen Memandu Digital, Macam Malaysia!

February 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KESATUAN Eropah (EU) bakal merombak peraturan dan regulasi lesen memandu sedia ada di rantau tersebut ke arah digitalisasi dalam usaha memperkenalkan hala tuju baharu melibatkan semua pemegang lesen memandu di Eropah.

Apa dicadangkan adalah mengubah lesen memandu, termasuk pengenalan kod digital QR, aplikasi dan perubahan undang-undang.

BACA >>> Wee: Data MyJPJ Guna Kad Pengenalan Mampu Bocorkan Maklumat 33 Juta Pemandu Malaysia
BACA >>> Netizan Serang JPJ dan Kementerian, Bengang Tunggu Kod TAC MyJPJ Tak Sampai

Logo JPJ

 

Buat masa ini, perubahan lesen memandu hanya melibatkan negara anggota EU. Malah Britain juga mungkin melakukan perubahan sama supaya selari perkembangan isu lesen semasa.

EU IKUT JEJAK JPJ MALAYSIA?

Antara cadangan perubahan penting adalah pendigitalan lesen memandu. Lesen memandu atau salinan tepat lesen memandu akan disimpan dalam telefon pintar individu.

Fungsi lesen memandu digital tersebut adalah sama seperti lesen memandu fizikal yang sah digunakan untuk pemeriksaan dan pengesahan ketika melalui operasi polis atau sekatan jalan raya (SJR) di negara EU.

Di Eropah ketika ini, lesen memandu fizikal di EU tertera kombinasi kod QR sebagai cara membanteras penggunaan lesen memandu palsu.

LESEN SEMENTARA 125cc - B-196

Buat masa ini, Jerman membenarkan pemegang lesen memandu kereta penuh untuk menunggang motosikal hingga 125cc. Ini dibenarkan dengan lesen tambahan B-196.

EU dikatakan mahu meluaskan penggunaan lesen khas itu untuk negara anggota lain. Jika berjaya dilakukan, penunggang motosikal dengan Lesen CBT Britain atau lesen B-196 boleh merentas sempadan dan menjelajah Eropah.

SERAGAM TINDAKAN PENGUATKUASAAN

EU nampaknya mahu meluaskan kuasa untuk menarik balik atau membatalkan lesen pemandu di Eropah. Ini bermakna, jika seseorang pemandu luar itu diharamkan memandu di Itali, dia juga boleh hilang kelayakan memandu di negara sendiri.

Langkah penguatkuasaan ini melibatkan banyak kerja antara setiap Kerajaan negara anggota EU.

Pertama, negara anggota perlu menyeragamkan semua perkara berkaitan set had untuk kesalahan memandu, seperti memandu melebihi had, mabuk, dan bawah pengaruh alkohol, termasuk pemanduan berbahaya serta lain-lain.

Selepas itu, negara anggota perlu bersetuju membenarkan perkongsian data semua lesen memandu untuk dikongsi dalam pangkalan data utama pusat Eropah.

Proses menyeragam lesen memandu dan aspek penguatkuasaan EU dikatakan bermula di beberapa negara anggota menjelang tahun depan.

BACA >>> Menteri Jawab Soalan Tentang MyJPJ Selepas Netizen Serang JPJ, Kementerian
BACA >>> Menteri: Kerajaan Jimat RM96j Setahun dengan Cukai Jalan, Lesen Memandu Digital

SUMBER: VisorDown

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Kesatuan Eropah (EU), lesen memandu, lesen memandu digital EU, Lesen Memandu Eropah, Lesen Memandu EU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my