• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isuzu D-Max (2023) Versi Dipertingkat Dilancarkan, Harga RM95k-RM151k

Isuzu D-Max (2023) Versi Dipertingkat Dilancarkan, Harga RM95k-RM151k

February 16, 2023 By Sharil Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BARISAN Isuzu D-Max menerima kemaskini 2023 bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu trak pikap pilihan ramai.

Ia masih lagi menampilkan dua varian enjin 3.0L Turbo Diesel berkuasa 190ps @ 3,600rpm dan 450Nm, dan enjin 1.9L Turbo Diesel berkuasa 150ps @ 3,600rpm dan 350Nm.

Kemaskini Isuzu D-Max (2023) lebih kepada kosmetik dalaman, dan luaran serta beberapa penambahan ciri berbanding model terdahulu. Berikut perincian trak pikap tersebut:

Harga Isuzu D-Max (2023), OTR tanpa insurans

  • Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT X-Terrain: RM150,938.40
  • Isuzu D-Max 3.0L 4x4 AT Premium: RM135,638.40
  • Isuzu D-Max 1.9L 4x4 AT Premium: RM129,149.20
  • Isuzu D-Max 1.9L 4x2 Auto Plus: RM105,499.20
  • Isuzu D-Max 1.9L 4x4 AT Standard: RM111,499.20
  • Isuzu D-Max 1.9L 4x4 MT Standard: RM104,099.20
  • Isuzu D-Max 3.0L 4x4 MT Single Cab: RM101,888.40
  • Isuzu D-Max 3.0L 4x4 MT Single Cab: RM94,949.20

Warna Baharu Isuzu D-Max (2023)

Varian perdana, X-Terrain dan Premium diberikan warna baharu, Islay Gray Mica dan Dolomite White Pearl, manakala warna baharu, Biarritz Blue Metallic pula diperkenalkan untuk varian Premium, Auto Plus dan Standard AT.

Luaran

Luaran Isuzu D-Max (2023) menampilkan gril radiator dwi-tona baharu untuk semua varian 2023. Varian X-Terrain dan Premium turut diberikan rim aloi 18 inci baharu, manakala Auto Plus dan Standard menerima rim aloi 17 inci baharu.

Varian perdana, X-Terrain menerima kemasan ekslusif dalam warna kelabu gelap seperti rel bumbung, cermin pintu, hendal pintu, peijak sisi, bampar depan dan fender.

Dalaman

Bahagian dalaman Isuzu D-Max (2023) menampilkan upholsteri serba hitam dengan X-Terrain dan Premium menerima kerusi kulit baharu, manakala Auto Plus dan Standard mendapat kerusi fabrik baharu.

Bagaimanapun, hanya X-Terrain diberi kemasan ekslusif, Cafe Brown pada panel instrumen, papan pemuka, panel pintu, stereng, tombol gear dan beberapa bahagian lain.

Dari segi keselamatan, Isuzu D-Max (2023) memasukkan perakam video (dashcam) di depan dan belakang untuk X-Terrain.

Ciri pengecas wayarles 15W masih dikekalkan untuk X-Terrain dan Premium, tetapi diperkenalkan buat kali pertama untuk varian Auto Plus. Bezanya, pengecas wayarles tersebut hadir bersama port USB Type 2.1A.

Ciri Lain

Selain varian perdana, ciri Kunci Diferensial Belakang (Rear Differential Lock, RDL) diperkenalkan pada semua varian dengan ciri pacuan empat roda (4x4) seperti Premium 4x4, Standard 4x4 dan Single Cab 4x4. Sementara itu varian Single Cab menerima fungsi penghidup tanpa kunci (keyless) dan soket kuasa 12V.

Sementara itu, varian 3.0L AT Premium menerima tetapan suspensi diperbaharui untuk menampung lebih beban, daripada 580kg kepada 775kg (dinaikkan 197kg).

Barisan Isuzu D-Max (2023) kini boleh didapati di semua bilik pameran rasmi Isuzu seluruh negara.

BACA >>> Isuzu D-MAX X-Terrain (2022) Dipertingkat Serba Premium Kini di Malaysia, Harga RM146k!
BACA >>> D-Max Bantu Isuzu Catat Rekod Jualan Terbaik Sejak Beroperasi di Malaysia!

Isuzu D-Max 2023 1
Isuzu D-Max 2023 2
Isuzu D-Max 2023 3
Isuzu D-Max 2023 4
Isuzu D-Max 2023 5
Isuzu D-Max 2023 6
Isuzu D-Max 2023 7
Isuzu D-Max 2023 8
Isuzu D-Max 2023 9
Isuzu D-Max 2023 10
Isuzu D-Max 2023 11
Isuzu D-Max 2023 12
Isuzu D-Max 2023 13
Isuzu D-Max 2023 14
Isuzu D-Max 2023 15
Isuzu D-Max 2023 16
Isuzu D-Max 2023 17
Isuzu D-Max 2023 18
Isuzu D-Max 2023 19
Isuzu D-Max 2023 20
Isuzu D-Max 2023 21
Isuzu D-Max 2023 22
Isuzu D-Max 2023 23
Isuzu D-Max 2023 24
Isuzu D-Max 2023 25
Isuzu D-Max 2023 26
Isuzu D-Max 2023 27
Isuzu D-Max 2023

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 4x4, Facelift, Isuzu, Isuzu D-Max (2023), Trak pikap, versi dipertingkat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev