• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Mana Lagi Ngam?

#Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Mana Lagi Ngam?

February 14, 2023 By Azhan O Leave a Comment

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERODUA Axia (2023) serba baharu baru saja dilancarkan hari ini dengan menampilkan perubahan signifikan dari segi rekabentuk, casis dan teknologi bantuan pemandu dinaik taraf.

Artikel ini akan membandingkan perubahan Perodua Axia baru (2023) dan lama (2019) yang kedua-duanya ialah varian AV (Advance).

perodua axia-av-2019-infografik
perodua axia-av-2023-infografik

VARIAN DAN HARGA

Perodua Axia (2019) ialah model versi dipertingkat (facelift) daripada model sama yang dilancarkan sejak 2014. Model ini dilancarkan pada September 2019 dalam enam varian: E (manual), G, GXtra, SE, Style (varian baharu) dan AV (premium).

Harga pula bermula serendah RM24,090 (E) hingga RM43,190 (AV).

Perodua Axia (2023) pula baru saja dilancarkan sebentar tadi sebagai model serba baharu dalam empat varian: G X, SE dan AV. Harga model serba baharu ini pula bermula pada RM38,600 (G) hingga RM49,500 (AV). Bagaimanapun, Axia (2023) tiada varian transmisi manual seperti Axia (2019).

Jadi jika mengambil kira varian asas transmisi automatik untuk kedua-dua model, Axia G (2023) yang berharga RM33,490 lebih mahal RM5,110 daripada Axia G (2019), RM38,600, manakala Axia AV (2023) berharga RM49,500, lebih mahal RM6,310 daripada Axia AV (2019), RM43,190.

Menurut Perodua, beza harga signifikan itu adalah disebabkan penambahan teknologi dan ciri yang lebih premium pada Perodua Axia (2023).

PLATFORM

Perodua Axia (2019) menggunakan platform yang dikongsi bersama Daihatsu Ayla dan Toyota Agya/Wigo.

Perodua Axia (2023) dibangunkan mengguna platform baharu, Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA) (foto atas) dengan casis lebih rigid, dan lebih mesra kepada teknologi elektrifikasi masa kini, termasuk enjin pembakaran dalaman (ICE). Selain segmen-A, platform DNGA juga serasi untuk pembangunan model segmen-B. Malah, Perodua Myvi juga menggunakan platform DNGA.

LUARAN

perodua axia-av-2019-vs-2023-front
perodua axia-av-2019-vs-2023-rear

Perbezaan ketara sudah tentu aspek rekabentuk. Menerusi platform DNGA, dimensi Perodua Axia (2023) mengatasi Perodua Axia (2019) dengan saiz lebih panjang 115mm, dan lebih lebar 45mm, tetapi lebih rendah 5mm, manakala jarak roda lebih panjang 70mm.

Ini bermakna ruang kabin Perodua Axia (2023) jauh lebih luas daripada Perodua Axia (2019). Lagi, kapasiti tangki minyak Axia baharu (36 liter) lebih 3 liter daripada Axia lama (33 liter), dan begitu juga kapasiti but, Axia baharu (265 liter) dan Axia lama

 

DALAMAN

perodua axia-av-2019-vs-2023-interior
perodua axia-av-2019-vs-2023-interior-2

Perodua Axia AV (2019) mendapat upholsteri fabrik ala denim, manakala Perodua Axia AV (2023) mendapat kemasan semi-kulit (kulit dan fabrik bertekstur).

Kedua-dua model varian AV itu mendapat kerusi semi-buket, tetapi pad sisi Perodua Axia AV (2023) lebih tebal dan berlekuk.

ENJIN DAN TRANSMISI

perodua axia-av-2019-engine-transmission
perodua axia-av-2023-engine-transmission

Kedua-dua model menggunakan trenkuasa sama, iaitu enjin petrol aspirasi natural (NA) 1KR-VE 3-silinder 1.0L DOHC, 12-injap (12V), dan suntikan bahan api elektronik (EFi) dengan VVT-i yang menghasilkan kuasa 67hp @ 6,000rpm dan tork 91Nm @ 4,400rpm.

Jadi perbezaan diperkenalkan Perodua kali ini adalah Perodua Axia AV (2023) dibekalkan transmisi automatik CVT, dipanggil dual-mod CVT (D-CVT), berbanding Axia AV (2019) yang menggunakan kotak gear konvensional automatik 4-EAT.

Sebagai makluman, semua varian Perodua Axia (2023) menggunakan transmisi automatik CVT. Kenapa Perodua pilih D-CVT untuk Axia (2023)? Baca perincian mengenai transmisi Perodua itu di SINI.

CIRI KESELAMATAN

perodua axia-av-2019-safety
perodua axia-av-2023-safety

Perodua Axia AV (2019) dilengkapkan ciri keselamatan seperti 2 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC), Kawalan Traksi (TRC) yang juga standard untuk semua model kecuali E.

Semua ciri di atas turut dimiliki Perodua Axia AV (2023), tetapi varian ini dibekalkan 6 beg udara (2 depan, 2 sisi dan dua tirai), berserta tambahan Bantuan Brek (BA), Signal Henti Kecemasan (ESS), dan Bantuan Mula Daki (HSA).

TEKNOLOGI BANTUAN PEMANDU

perodua axia-av-2019-asa
perodua axia-av-2023-asa

Mungkin ada terlupa, Perodua Axia AV (2019) sebenarnya sudah didatangkan dengan pakej Bantuan Pemanduan Pintar Perodua (PSDA) yang dilengkapkan teknologi Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A), juga kali pertama diperkenalkan Perodua untuk model hatchback segmen-A itu (AV sahaja).

Antara ciri A.S.A diberikan ialah:

  • Pengesan Pejalan Kaki (PD), kelajuan hingga 50kmj
  • Amaran Pra Perlanggaran (PCW), kelajuan hingga 100kmj
  • Brek Pra Perlanggaran (PCB)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Kawalan Salah Tekan Pedal (PMC)

Bagi Perodua Axia AV (2023) pula, pakej A.S.A yang diberikan jauh lebih lengkap, terdiri daripada:

  • Amaran Pra Perlanggaran (PCW)
  • Brek Pra Perlanggaran (PCB)
  • Kawalan Salah Tekan Pedal (PMC)
  • Amaran Kereta Depan Gerak (FDA)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Elak Tukar Lorong (LDP)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Related

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: hatchback segmen-A, perbandingan, Perodua, Perodua Axia (2019), Perodua axia 2023, Perodua Axia AV (2019) vs Perodua Axia AV (2023), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev