• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Litar Sepang (SIC) Tutup Mac Ini untuk Turap Semula Selekoh 7, 8 dan 9

Litar Sepang (SIC) Tutup Mac Ini untuk Turap Semula Selekoh 7, 8 dan 9

February 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERMUKAAN Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan dinaik taraf bermula Mac ini untuk menjamin keselamatan pengguna, terutama menjelang aksi perlumbaan Kejuraan Dunia MotoGP 2023 di  GP Malaysia pada November ini.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, kerja penurapan itu hanya melibatkan 1km di selekoh Turn 7, 8 dan 9 daripada keseluruhan litar sepanjang 5.54km.

Litar ini seperti stadium bola sepak yang mana pada satu-satu masa perlukan penyelenggaraan. Kita lihat ada beberapa tempat perlu dinaik taraf," kata Azhan.

Azhan berkata, SIC memerlukan bantuan Kerajaan untuk memastikan litar sentiasa dalam kondisi baik kerana untuk menurap keseluruhan litar memerlukan perbelanjaan kira-kira RM20 juta.

Kerja penambahbaikan itu sepatutnya bermula pada 2021, tetapi tertangguh akibat pandemik Covid-19 yang melanda.

Menurutnya, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) pernah menyuarakan pandangan untuk menaik taraf litar sebelum tirai MotoGP dibuka November ini.

Jika mendapat kelulusan, kita merancang menutup litar pada Mac dan buka semula pada Mei untuk memastikan kondisi litar betul-betul bersedia untuk digunakan sepenuhnya," kata Azhan.

Kali terakhir SIC menaik taraf litar adalah pada 2016 dan tiada sebarang kerja penurapan baharu dilakukan selepas itu.

BACA >>> SIC Pertingkat Kawalan Keselamatan Litar Sepang untuk Elak Kes Curi MotoGP 2019 Berulang
BACA >>> Senarai Awal Pelumba MotoGP 2023, Siapa Bakal Juara?

SUMBER: Bernama

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Litar Antarabangsa Sepang (SIC), MAC, MotoGP, selekoh, Sepang International Circuit, SIC, Turap jalan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev