• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / NIU Perkenal Skuter Elektrik NQi Mini (2023) untuk Kanak-Kanak, Harga RM445

NIU Perkenal Skuter Elektrik NQi Mini (2023) untuk Kanak-Kanak, Harga RM445

February 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NIU ialah jenama pengeluar skuter elektrik yang sedang berusaha meluaskan produk mobiliti mesra alam di beberapa  pasaran Asia dan Eropah.

Di Sepanyol dan Perancis, skuter elektrik NIU agak popular dalam kalangan pengguna yang mencari model dua roda murah. Salah satu model popular NIU itu ialah NQi GTS yang dikatakan setanding skuter petrol 125cc.

Terbaharu, NIU memperkenalkan model khas untuk kanak-kanak, iaitu NQi Mini. Bagaimanapun, skuter itu tiada kebenaran pihak berkuasa untuk ditunggang atas jalan raya awam. Sasaran pengguna NIU NQi Mini ialah kanak-kanak berusia tiga hingga lapan tahun.

NIU NQi Mini menawarkan konsep rekabentuk neo-retro yang diilhamkan dari pada skuter dewasa, NQi GTS. Model ini didatangkan dalam empat pilihan warna, merah, putih, biru dan hitam.

Setiap unit ada sokongan roda kecil untuk membantu kanak-kanak mengimbangkan badan ketika menunggang.

NIU NQi Mini (2023) -3
NIU NQi Mini (2023) -2
NIU NQi Mini (2023) -1
NIU NQi Mini (2023) -0

NQi Mini menggunakan unit motor elektrik dengan kelajuan dihadkan kepada 5kmj. Pek bateri bukan jenis litium-ion, tetapi asid plumbum, dan masa mengecas 10 jam untuk jarak tunggangan maksimum 90 minit.

Skuter itu turut dilengkapi port USB dan kad SD untuk memainkan lagu kegemaran kanak-kanak ketika menunggang di kawasan taman.

Tambahan lain ialah kotak simpan barang di belakang dan lampu mood. Berat skuter ini 11kg, dan buat masa ini, NIU hanya ditawarkan di China pada harga cuma 699 yuan (RM445).

BACA >>> Yamaha Brazil Lancar Skuter NMAX 160 Spider-Man Edition (2022), Harga RM12k!
BACA >>> #TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar
BACA >>> Skuter Padok 50cc Rossi Dilelong RM80k, Harga Asal Cuma RM7.7k Sahaja

NIU NQi Mini (2023) -2
NIU NQi Mini (2023) -4
NIU NQi Mini (2023) -0
NIU NQi Mini (2023) -1
NIU NQi Mini (2023) -2
NIU NQi Mini (2023) -3
NIU NQi Mini (2023) -6
NIU NQi Mini (2023) -7
NIU NQi Mini (2023) -1
NIU NQi Mini (2023) -5
NIU NQi Mini (2023) -3
NIU NQi Mini (2023) -0

SUMBER: NIU

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: e-Skuter, NIU, NIU NQi GTS Mini, NIU NQi Mini (2023), roda2, skuter, skuter elektrik, skuter elektrik kanak-kanak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev