• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Zontes 125M (2023) Buka Tempahan di Perancis, Harga RM19.3k!

Skuter Zontes 125M (2023) Buka Tempahan di Perancis, Harga RM19.3k!

February 8, 2023 By Shawkath Leave a Comment

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JENAMA motosikal dari China, Zontes semakin popular di rantau Eropah dan Asia dengan tawaran produk dua roda kapasiti sederhana-rendah.

Kebanyakan model dihasilkan adalah untuk memenuhi selera dan permintaan pengguna dengan banyak ciri teknologi moden serta berwajah moden, tetapi dalam bajet terhad. Malah model siri 310 Zontes didakwa mampu menawarkan prestasi dan teknologi mirip BMW G 310.

BACA >>> Zontes 125 GK (2023) Lancar untuk Pasaran Eropah, Harga RM19k

Zontes 125M (2023) - 4
Zontes 125M (2023) - 3

Tahun 2023 menyaksikan Zontes mengambil langkah berani melancarkan model skuter ke pasaran Eropah selepas memahami trend di rantau itu. Di Sepanyol dan Itali, sebahagian besar model paling laris 2022 ialah skuter kapasiti rendah, iaitu bawah 150cc.

Sebagai permulaan, Zontes melancarkan skuter aras mula gaya sport, dipanggil 125M pada harga mula €4,190 (RM19,350) dengan pilihan warna, biru dan hitam.

Skuter Zontes 125M (2023) dipacu trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 124cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 14.5hp @ 8,250rpm. Bagaimanapun, tiada data tork dikongsikan.

Sistem transmisi jenis automatik dengan pacuan rantai. Sistem suspensi pula fork teleskopik di depan dan dwi-absober boleh laras di bekalang.

Zontes 125M (2023) - 1
Zontes 125M (2023) - 5

Rim aloi  14 inci dibalut tayar bersaiz 100/8o (depan) dan 120/70 (belakang), manakala tugas berhenti diserahkan kepada brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.

Tiada maklumat sama ada skuter itu dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau Sistem Brek Kombi (CBS). Panel meter jenis digital TFT berwarna, manakala sistem penghidup tanpa kunci (keyless). Sistem lampu menggunakan teknologi LED.

Zontes 125M (2023) dijangka memasuki pasaran Perancis pada penghujung Mac depan, sebelum tawaran diperluas ke negara Eropah lain pada suku kedua tahun ini.

Dimensi skuter ialah panjang 2000mm, lebar 785mm dan tinggi 1,220mm, manakala jarak roda 1,390mm. Skuter ini memiliki tinggi pelana 748mm, berat 160kg dan kapasiti tangki 12 liter.

BACA >>> #TunggangUji: Zontes Z310-T1 - Advencer Murah, Tapi Kualiti dan Fiil 'Ride' Memang A!
BACA >>> Zontes Bangunkan Enjin 3-Silinder Sendiri, Bakal Hasilkan Model 800cc
BACA >>> Zontes Malaysia Lancar Tiga Siri ZT155 Berbeza Segmen, Harga Mula RM10.8k!

Zontes 125M (2023) - 5
Zontes 125M (2023) - 1
Zontes 125M (2023) - 3
Zontes 125M (2023) - 4
Zontes 125M (2023) - 0

SUMBER: RideApart | Zontes

Related

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BMW G 310, roda2, skuter, Skuter 125cc, Zontes 310, Zontes ZT-125M (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev