• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 3,591 Unit Perodua Axia (2023) Serba Baharu Sudah Ditempah Setakat Hari Ini

3,591 Unit Perodua Axia (2023) Serba Baharu Sudah Ditempah Setakat Hari Ini

February 8, 2023 By Han Othman Leave a Comment

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA hari ini mengadakan previu Perodua Axia (2023) serba baharu kepada pihak media di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA, Sepang Selangor dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada 14 Februari ini.

Perodua juga sudah membuka tempahan untuk hatchback segmen-A itu sejak hujung bulan lalu dengan mendedahkan maklumat spesifikasi enjin, varian dan warna.

BACA >>> Daihatsu Ayla, Toyota Agya (2023) Juga Lancar Bulan Depan, Sama Spesifikasi Axia Baharu?

Menurut Perodua, sejak tempahan dibuka, 3,591 unit Perodua Axia (2023) serba baharu sudah ditempah setakat hari ini dengan varian SE dan AV mendapat tempahan paling tinggi.

Perodua juga mensasarkan tempahan sekitar 5,700 unit sebulan untuk model baharu ini.Dalam perkembangan lain, Perodua turut mendedahkan penghantaran 44,000 unit Axia lama masih tertunggak.

Pengeluar nasional itu turut menggalakkan pembeli yang belum menerima Axia lama yang ditempah supaya bertukar kepada Perodua Axia (2023) serba baharu yang lebih moden dan canggih.

BACA >>> Tempahan Perodua Axia (2023) Serba Baharu Dibuka, Harga RM38.6k-RM49.5k
BACA >>> Perodua Axia (2023) Serba Baharu Akan Lebih Panjang, Lebar, dan Rendah

Related

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, hatchback segmen-A, Perodua, Perodua Axia (2023) Serba Baharu, Perodua axia 2023, Tempahan Perodua Axia (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev