• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023) Lancar, Harga RM120k

Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023) Lancar, Harga RM120k

February 7, 2023 By Sharil Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAWASAKI melancarkan model baharu Ninja H2 SX SE (2023), atau lebih dikenali sebagai H2 versi touring. Model ini sebenarnya didedahkan secara rasmi pada 1 Februari lalu, sama tarikh dengan debut Ninja ZX-4RR.

Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023) kini lebih selesa ditunggang tanpa perlu risau mengenai aspek prestasi. Hyperbike ini dibangunkan menggunakan asas fairing Ninja H2 yang dibikin semula supaya sesuai untuk tunggangan jauh.

BACA >>> Ninja H2 SX SE (2018) - Kenapa Superbike Jelajah Ini Begitu Istimewa?

Prestasi

Kawasaki H2 SX SE (2023) dijana enjin 4-silinder sebaris 998cc supercas yang ditala semula supaya mudah ditunggang dalam pelbagai kondisi jalan.

Bahagian roda mendapat sistem suspensi elektronik penuh Showa (KECS) dengan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.

Sistem brek menggunakan brek cakera kembar 320mm di depan dengan kaliper radial Brembo Stylema 4-piston, manakala di belakang menggunakan brek cakera tunggal 250mm dengan kaliper Brembo 2-piston.

Rekabentuk

Kawasaki H2 SX SE (2023) menggunakan saiz rim 17 inci yang dibalut tayar 120/70 di depan dan 190/55 di belakang dengan berat keseluruhan 268kg.

Sekali pandang, fairing hyperbike touring ini tampak lebih maskular daripada Ninja H2.

Selain itu, kapasiti tangki juga dipertingkat kepada 18.9 liter yang membolehkan model ini menempuh jarak perjalanan lebih jauh.

Kawasaki turut menyediakan ciri elektronik termaju seperti Sistem Bantuan Penunggang Termaju (ARAS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Perlanggaran Depan(FCW) dan Pengesan Titik Buta (BSD).

Frem trellis ringan memberikan ekstra kekuatan bagi mendapatkan kelenturan seimbang dan ketegaran optimum untuk keselesaan tunggangan sport dan sport-touring.

Kawasaki Ninja H2 SX SE (2023) juga berkongsi frem trellis sama seperti Ninja H2 dan Ninja H2R, tetapi direka semula untuk memuatkan pembonceng dan beg barang.

Menurut laman web Kawasaki AS, harga disyorkan untuk model ini ialah AS$28,000 (RM120,440).

BACA >>> Sportbike Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) Lancar di Eropah, Harga RM41k
BACA >>> Kawasaki Ninja H2 (2023) Tiba di Indonesia dengan Kuasa 239.6hp, Harga RM244k!

SUMBER: Kompas.com

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2023, Auto Terkini, Hyperbike Touring, Kawasaki, Kawasaki Ninja H2 SX SE, Kawasaki USA, ninja h2 touring, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my