• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pesawat Komersial C919 dari China Ini Mampu Saingi Boeing, Airbus?

Pesawat Komersial C919 dari China Ini Mampu Saingi Boeing, Airbus?

February 7, 2023 By Sharil Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PESAWAT C919 ialah jet penumpang berbadan sempit (narrow body) yang dibina syarikat milik Kerajaan, Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC) yang berpangkalan di Shanghai sejak 2008.

Persoalannya, mampukah C919 bersaing dengan Boeing 737 dan Airbus A320?

Boeing 737
airbus a320

C919 melakukan ujian penerbangan sulung pada 2017 sebelum diluluskan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada September lalu selepas 14 tahun menjalani fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Pesawat C919 terawal dihantar ke syarikat penerbangan tempatan, China Eastern Airlines di Shanghai pada Disember lalu untuk membawa antara 158 dan 192 penumpang. Syarikat penerbangan itu juga menempah empat pesawat C919 pada Mei tahun lalu dengan kos bernilai AS$99 juta (RM425 juta) setiap satu.

Pada pameran udara terbesar China di Zhuhai, November tahun lalu, COMAC mendakwa menerima tempahan 300 unit pesawat daripada tujuh firma pajakan selepas sebulan mendapat kelulusan terbang.

Menjelang akhir 2022, COMAC menerima pula 305 tempahan junit C919 di China, manakala Boeing hanya menerima 116 tempahan untuk siri 737.

Timbalan Pengurus Besar COMAC, Zhang Yujin berkata, pada Januari tahun ini, syarikat itu menerima lebih 1,200 tempahan, dan selepas dihantar kepada China Eastern Airlines pada Disember tahun lalu, C919 akan menjalani lebih 100 jam penerbangan ujian, dengan hentian di Shanghai, Beijing, Xian, Kunming, Guangzhou, Chengdu, Lanzhou, Haikou, Wuhan, Nanchang dan Jinan.

C919 memulakan proses pengesahan penerbangan pada 26 Disember lalu. Selepas selesai, pesawat itu akan menerima pengesahan keselamatan operasi, reliabiliti penyelenggaraan dan keupayaan sokongan. C919 juga dilaporkan memenuhi baki keperluan menjelang musim bunga ini bagi melayakkan pesawat itu memasuki senarai operasi komersial.

COMAC menjangka mencapai kapasiti pengeluaran tahunan 150 pesawat dalam tempoh lima tahun. Malah C919 dikatakan mampu memecahkan duopoli Boeing dan Airbus dalam pasaran domestik dan global walaupun masih bergantung kepada alat ganti asing,

Saiz pasaran penerbangan China, dasar perindustrian kukuh dan sektor dikuasai syarikat milik Kerajaan memberikan C919 kelebihan memajukan objektif strategik republik itu dalam penerbangan.

China bercita-cita tinggi dalam pasaran penerbangan komersial dan Beijing turut membentangkan rancangan C919 meraih 10 peratus pasaran domestik menjelang 2025.

Sementara itu, perniagaan Boeing di China terjerat dalam hubungan buruk antara Beijing dan Washington. Sebanyak 737 unit MAX milik Boeing digantung operasi di China selama lebih empat tahun berikutan dua insiden kemalangan maut di Indonesia dan Ethiopia, sebelum kembali beroperasi Januari tahun ini.

Walaupun pesawat jenis narrow-body popular bagi pengeluar, tetapi Boeing 737 ketinggalan dari segi jumlah tempahan baharu di China. Malah, Airbus juga mendahului dengan 565 tempahan untuk  model A320 di China.

Disebabkan banyak syarikat penerbangan China sudah biasa mengendalikan pesawat Barat, langkah memasukkan C919 dalam flit akan dilakukan beransur-ansur.

Dalam perkembangan lain, tiga syarikat penerbangan besar milik Kerajaan seperti China Southern, Air China, China Eastern sudah membuat 294 tempahan untuk siri Airbus A320 dan Boeing 737, serta hanya 20 unit setiap satu untuk C919.

China menaruh harapan tinggi C919 bakal mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing apabila hubungan dengan Barat merosot. Bagaimanapun, kebanyakan bahagian digunakan C919 adalah diimport dari pengeluar asing, termasuk enjin, avionik, sistem kawalan, komunikasi dan gear pendaratan.

COMAC juga berusaha menggantikan beberapa pengeluar alat ganti asing, misalnya alternatif untuk enjin LEAP kini dibuat syarikat CFM International, iaitu usahasama antara firma Amerika GE Aviation dan Safran Aircraft Engines dari Perancis.

Persoalannya, mampukah pesawat China ini menyaingi Airbus dan Boeing dalam sedekad akan datang?

BACA >>> Airbus A320 Langgar Motosikal Semasa Mendarat, Dua Individu Terbunuh
BACA >>> [Siri 1] Kenapa Kapal Terbang Simpan Bekalan Minyak dalam Sayap?

SUMBER: SouthChinaMorning Post

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Airbus A320, Boeing 737, c919, CAAC, China, China Eastern Airlines, Commercial Aircraft Corporation of China (Comac), Kapal Terbang, tempahan kapal terbang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev