• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Kesan Sindiket 'Lesen Terbang' Baharu, Dapat Lesen, Tapi Tiada Maklumat dalam Sistem

JPJ Kesan Sindiket 'Lesen Terbang' Baharu, Dapat Lesen, Tapi Tiada Maklumat dalam Sistem

February 7, 2023 By Sharil 1 Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SUATU masa lalu, kebanyakan lesen terbang yang diperoleh masih mempunyai rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tetapi kini sindiket baharu pemalsuan lesen dikesan berleluasa di media sosial yang mana maklumat lesen langsung tidak wujud dalam sistem agensi Kerajaan itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, M Janagarajan berkata, modus operandi sindiket penipuan itu dibuat menerusi iklan di media sosial yang mendakwa lesen dikeluarkan adalah sah, tetapi sebaliknya.

BACA >>> JPJ Pulau Pinang Serbu 5 Bengkel Ubah Suai Motosikal Haram, Keluar 66 Saman
BACA >>> Indonesia Ubah Tempoh Perbaharui Lesen Memandu, Tidak Lagi Ikut Tarikh Lahir

Ada mangsa sudah membuat pembayaran dan menerima lesen palsu terbabit, tetapi ada juga mangsa mengadu akaun ditutup atau akaun tidak wujud selepas pembayaran dibuat," katanya.

Beliau meminta orang ramai berhati-hati mendapatkan lesen kenderaan supaya tidak terjerat dengan pemalsuan lesen atau 'lesen terbang'.

Menurutnya, jika mendapat lesen sedemikian, itu bukan lesen betul, tetapi palsu.

Janagarajan berkata lagi, JPJ sudah mengenal pasti ramai mangsa penipuan tersebut dan tindakan dilakukan di bawah bahagian pelesenan memandu integriti.

JPJ juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain mengambil tindakan mahkamah ke atas suspek yang melakukan penipuan berkenaan.

Apa perlu pengguna ingat, lesen palsu itu hanya boleh digunakan dalam tempoh sekejap saja dan aktiviti ini biasanya disedari selepas pengguna membuat pembaharuan lesen pada tahun seterusnya," katanya.

BACA >>> JPJ Bongkar Sindiket Jual Lesen Terbang Atas Talian, Bayar Serendah RM600
BACA >>> Menteri: Lesen, Cukai Jalan Boleh Perbaharui Secara Online Tak Lama Lagi

SUMBER: Bernama

Related

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, lesen memandu, lesen palsu, lesen terbang, M. Janagarajan, MCMC, PDRM, Scammer

Comments

  1. Detektif Sukan says

    February 9, 2023 at 11:16 PM

    Lesen terbang? Lesen palsu? Isu ini sudah lama berlegar dalam kehidupan masyarakat kita sekian lama. Peratusan yg berlaku di ruang lingkung warga Malaysia mungkin kurang dari 10% dari keaeluruhan kes yg dicatatkan. Apakah Kemugkinan besarnya peratusan tertinggi berlaku dikalangan warga asing?
    Kenyataannya ramai juga warga asing yg kini bersenang2 memiliki kenderaan memandu dijalan2 persekutuan seolah pada mereka ianya bukan kesalahan. Secara tidak langsung menyumbang kepada statistik banyaknya jumlah kenderaan di Malaysia.

    Bila ditanya "ada 'jalan' boleh dapat lesen, semua boleh diuruskan" kata seorang warga asing yg lebih 20thn di Malaysia dan tiada pun sijil kerakyatan, memiliki kenderaan sendiri,perniagaan hebat malah tak tahu apa lagi yang dimiliki mereka. Dan yang pasti, keuntungan 100% tak perlu dikejar 'pemungut cukai'. Mmg betullah pepatah hujan emas di negara 'orang' dan ianya memang baik bukan negara warga luar tu sendiri.

    Kita semua perlu jadi warga prihatin dengan bantuan Penguatkuasaan pihak berwajib yang perlu lebih bermartabat, bukan bermaksud 'saman' tanpa budi bicara, tapi kena bersikap 'cintakan bangsa dan tanah air'. Kerana kerakusan sesetengah individu rosak seluruh 'negara'. Akhirnya tergadailah segalanya.

    Banyak nak cakap dan bukan niat menuduh hanya menyampaikan maksud dari pengalaman.Sama2lah kita berganding 'rasa' mengurangkan kerosakan yang kita sendiri reka.

    Tapi, Sapa makan cili dialah rasalah pedasnya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev