SEORANG lelaki yang ditahan tahun lalu kerana memandu merempuh seorang pegawai polis bermotosikal dihukum penjara empat tahun.
Hakim Mahkamah Wood Green Crown pada Rabu lalu (1 Februari) mendapati tertuduh, Joseph Ward, 24, dari Green Street, Royston, Hertfordshire, England bersalah kerana sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Inspektor Tony McGover yang menahan keretanya selepas didapati memandu mencurigakan pada Julai 2022.
Selepas bercakap dengan tertuduh, dan kembali ke motosikal, tertuduh bertindak mengundurkan kereta dan merempuh mangsa hingga jatuh motosikal, sebelum melarikan diri. Mangsa mengalami cedera kaki, bahu dan belakang.
“I’ve been a police officer for 18 years. I never expected to be deliberately rammed off my motorbike in such a violent and aggressive act.”
🎬 This is the moment Inspector Tony McGovern was dangerously rammed by Joseph Ward.
⚖️ On Wednesday, Ward was jailed for four years. pic.twitter.com/SXirzmyNMR
— Metropolitan Police (@metpoliceuk) February 2, 2023
Saya telah menjadi pegawai polis selama 18 tahun dan saya tidak pernah menyangka akan sengaja dirempuh jatuh daripada motosikal saya dalam tindakan ganas dan agresif seperti itu," kata McGovern
Ward ditangkap pada 20 Julai 2022, dan pasukan penyiasat mengaitkan tertuduh dengan dua insiden berbeza, iaitu perlanggaran pada 5 Julai 2022 yang menyebabkan kerosakan pada dua kereta peronda polis apabila gagal berhenti pada 6 Julai 2022.
Ketua Pasukan Petugas Jenayah Keganasan, Superintendan Lee Hill menuduh Ward sebagai individu berbahaya yang tidak ragu-ragu akan terus melakukan banyak kesalahan.
Pegawai kami bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk melindungi orang ramai daripada jenayah kekerasan dan kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk serangan ke atas pekerja kecemasan yang hanya bertugas melindungi orang ramai," kata Hill.
McGovern kini pulih sepenuhnya, tetapi kekal komited untuk berkhidmat kepada penduduk London.
BACA >>> Polis Minta Jangan Kongsi Maklumat Road Block dalam Waze
BACA >>> Polis Tahan Warga Emas Ketuk Cermin Guna Bata, Ada Empat Rekod Jenayah Lampau
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply