• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #SembangDeras: Betul Ke Tayar Stok Kilang Kualiti Sampah?

#SembangDeras: Betul Ke Tayar Stok Kilang Kualiti Sampah?

February 3, 2023 By Sharil 2 Comments

574
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SOALAN kepada penunggang motosikal semalaysia, adakah tayar motosikal stok kilang yang dikeluarkan bersama motosikal baharu berkualiti sampah?

Baru-baru ini, seorang penunggang Yamaha R15M berkongsi beberapa keping foto menunjukkan motosikalnya terbabit kemalangan dalam grup Facebook Yamaha R15 Malaysia Owners Club sambil berpesan supaya pengguna sportbike itu berhati-hati jika masih menggunakan tayar standard.

BACA >>> #TahukahAnda: Bilakah Masa Tepat Kena Tukar Tayar Motor Baharu?
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?

Kebelakangan ini, ramai penunggang atau media automotif tempatan menyuarakan kepentingan menukar tayar standard kepada tayar lebih 'premium' untuk mendapatkan ekstra cengkaman, terutama ketika hujan. Persoalannya, teruk sangatkah tayar stok?

Yamaha R15M dijual pada harga RM14,998, tidak termasuk cukai jalan dan insurans yang boleh mencecah hingga RM17,000 mengikut kedai. R15M memang hebat dari segi teknologi seperti ciri klac antigelincir Assist and Slipper Clutch (ASC), fork terbalik (USD) dan quickshifter. Tapi bagaimanakah dengan tayar?

Yamaha R15M menggunakan tayar jenama IRC Road Winner RX-01 dengan saiz 100/80 di depan dan 140/70 (belakang). Tayar ini dikeluarkan pengeluar dari Jepun, Inoue Rubber Co Ltd yang juga menghasilkan tayar selain motosikal seperti basikal, kerusi roda dan produk getah lain.

Tayar dihasilkan dipasarkan di bawah jenama IRC Tyre dengan fasiliti pembuatan di banyak negara selain Jepun, iaitu di China, Vietnam, Thailand, Malaysia dan Indonesia.

tayar-irc-road-winner-yamaha-r15
irc-tire-logo-2

Menurut laman web IRC, tayar IRC Road Winner ialah tayar sport-bias dengan rintangan lelasan dan cengkaman seimbang. Gabungan alur sempit dan lebar memberikan permukaan bunga fleksibel untuk cengkaman dan daya cengkaman jalan cemerlang unggul atas jalan basah.

Pembinaan casing yang lebih kukuh pula memberikan kestabilan untuk tunggangan garis lurus lebih baik.

Tapi kenapa tayar ini begitu dibenci? Carian kami mendapati netizen ada pendapat berbeza dalam isu ini. Ada menggunakan tayar kilang tanpa sebarang masalah, tetapi ada juga menjadikan tabiat menukar tayar stok sebagai perkara wajib dilakukan selepas membeli motor baru.

Dalam perbalahan tersebut, penyokong tayar standard rata-rata mendakwa kualiti tayar stok seperti IRC Road Winner RX-01 tidaklah begitu teruk, tetapi perkara seperti kondisi jalan dan skil menunggang adalah punca kepada kemalangan dialami.

Ada juga berpendapat tayar stok itu tiada masalah jika mahu digunakan untuk tunggangan harian, tetapi berpadalah ketika menunggang kerana bukan dibina untuk tunggangan intensiti tinggi seperti dalam litar.

Namun, ada juga bermati-matian tidak mengesyorkan menggunakan tayar stok untuk mana-mana motosikal, terutama jalan licin.

Jika anda pengguna motosikal, anda di pihak mana? Adakah tayar stok yang hadir standard dari kilang selamat untuk digunakan atau tidak? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

- Sharil

BACA >>> Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
BACA >>> Bridgestone Bikin Tayar Musim Sejuk, All-Terrain untuk Lamborghini Huracan Sterrato

Related

574
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2, Sembang Deras Tagged With: IRC Road Winner RX-01, kemalangan, R15M, sembang deras, tayar IRC, tayar kilang, Tayar licin, tayar motor, tayar standard, Tayar Stok, Tayar Stok Kilang, Yamaha YZF-R15M (2022)

Comments

  1. Mohd khairull Aazam says

    February 4, 2023 at 12:49 PM

    Tayar stock kilang ni...pada saya utk tunggangan biasa (daily use) ok je.....utk conering pun ok je....cuma ada batasan dia (grip point) pada sudut condong sewaktu ambik corner...jangan terlalu extreme sangat..... untuk jalan basah pulak, tayar stock kilang ni memang kena extra hati2 sebab memang licin....sedikit brek yg kuat bolih mengakibatkan tayar sliding kekiri dan kekanan...

    Reply
  2. Shah says

    February 8, 2023 at 5:05 AM

    Tayar kedai khas utk rider yg ikut law
    Tp bila rider dah ikut law moto GP dgn menggunakan tayar kedai
    Biasalah tu kena masuk kedai blik tuk analisis cara penunggangan rider & menambah baik spare part high performance yg sesuai utk moto yg baru dibeli tu 😁😁😁

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev