PAKAI jaket terbalik memang sudah jadi perkara biasa dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia. Ia seakan sudah menjadi satu keunikan budaya atau trend yang tidak anda temui di negara lain. Tidak diketahui siapakah yang mencetuskan trend memakai jaket terbalik, tetapi dipercayai dimulakan pekerja-pekerja penghantaran (juga dipanggil mat despatch atau peon).
Ini kerana jaket memainkan peranan penting sebagai pakaian utama dalam melicinkan tugasan penghantaran mereka. Jaket boleh berfungsi sebagai baju sejuk pada awal pagi, baju hujan jika gerimis atau hujan mengejut dan pelindung tangan daripada panahan terik matahari. Mungkin disebabkan semua situasi itulah yang menyebabkan tercetusnya trend memakai jaket terbalik di Malaysia. Mat despatch atau peon perlu berjaket dengan pantas dan efisien!
Kini, ia boleh dikatakan sudah menjadi trend bagi semua penunggang motosikal negara ini. Selain mereka yang memang bekerja sebagai despatch atau peon, apa pula alasan penunggang kita memakai jaket terbalik?
1. MASA ITU EMAS
Ya, masa begitu penting bagi penunggang Malaysia sehinggakan memakai jaket dengan betul pun boleh diambil kira sebagai membuang masa. Banyak kerja penting lain yang perlu disegerakan daripada hanya mahu memikirkan tentang jaket terbalik atau tidak. Kata Joker, why so serious?
2. PENUNGGANG MINIT AKHIR
Kalau kita lihat cara pemain bola sepak kita bermain, aksi tergolek dan terbaring ialah insiden biasa atas padang. Semua tahu ia sengaja dilakukan untuk melengah-lengahkan masa. Masalahnya sekarang, tabiat sama turut membelenggu penunggang motosikal kita.
Mereka suka melengahkan masa atau buat kerja minit akhir. Bila sudah terdesak, mulalah kucar-kacir mahu melangsaikan kerja. Apa lagi, terus capai jaket, pakai saja terbalik dan hidupkan enjin motor. Tidak perlu fikir panjang, terus jalan!
3. POTONG ANGIN UNTUK AERODINAMIK
Sebenarnya, jenis jaket paling sesuai 'memotong angin' adalah windbreaker yang memang direka khas untuk dipakai ketika cuaca sejuk dan berangin. Tetapi penunggang kita memang kreatif, bagi mereka bahagian belakang jaket biasa juga boleh berfungsi sama sebagai pengadang angin.
Sesetengah jaket ada lapisan lebih tebal di bahagian belakang, termasuk kolar yang juga tebal. Semua ciri tersebut semestinya mampu memberikan ekstra perlindungan jika dipakai terbalik. Secara logiknya, jaket terbalik yang tidak dizipkan lebih berkesan menepis angin ke arah tepi penunggang. Kreatif bukan?
4. SUSAH SAMA SUSAH
Bagi penunggang yang kerap berdua ke mana-mana, satu jaket yang dipakai mampu memberikan perlindungan kepada dua orang di atas motor. Pembonceng yang memeluk pinggang penunggang juga mendapat perlindungan sama daripada jaket penunggang yang berfungsi sebagai pengadang angin dan pemanas. Seperkara lagi, menggunakan satu jaket juga dapat menjimatkan ruang simpanan.
5. HUJAN LEBIH BANYAK DARI DEPAN
Situasi hujan tiba-tiba turun ialah fenomena biasa bagi penunggang Malaysia. Bagi penunggang berpengalaman, melihat awan di langit pun mereka sudah boleh mengagak sama ada perjalanan di hadapan akan dilanda hujan lebat yang lama, sekejap atau sekadar gerimis.
Inilah sebab kenapa jaket dipakai terbalik. Bagi situasi hujan sekejap atau gerimis, bahagian hadapan penunggang lebih kerap basah berbanding belakang. Ia adalah tentang hukum fizik melainkan seseorang itu menunggang secara mengundur. Secara normal, berasaskan pergerakan penunggang, arah angin dan hujan akan lebih bertumpu ke arah hadapan.
Bagaimana pula kalau hujan lebat? Kalau lebat, penunggang biasanya akan berhenti di bawah jambatan atau mana-mana lokasi berteduh. Sekarang, tibalah masa memakai baju hujan pula.
BACA >>> 10 Silap Besar Penunggang Motosikal yang Kerap Dilakukan
6. ANTI-PELUH SEMULA JADI
Fakta yang tidak boleh disangkal, Malaysia ialah negara tropika yang mengalami panas dan hujan sepanjang tahun. Jadi, penunggang memakai jaket bukanlah sekadar mahu mengelak kesejukan atau tempias hujan semata-mata. Dalam banyak situasi, mereka cuba mengelak kepanasan.
Jaket yang dipakai secara betul ketika cuaca normal walaupun bukan musim kemarau berisiko menyebabkan badan rasa berbahang dan berpeluh. Lagipun, bukankah belakang badan kita lebih kerap berpeluh berbanding hadapan. Sekarang, pakai saja jaket terbalik dan angin luar akan memberikan pengudaraan semula jadi ke atas tubuh anda. Memang penyelesaian bijak!
7. KECANTIKANKU BEGITU BERHARGA
Sama seperti permasalahan di atas, selain berfungsi sebagai agen anti-peluh, jaket terbalik juga boleh bertindak sebagai pelindung UV. Kulit yang kerap terdedah (terutama lengan) kepada sinar matahari dalam jangka masa lama akan menukarkan kulit menjadi gelap atau berbelang. Rasa leceh dan tidak maskulin pula mahu menyapu losyen setiap kali mahu menunggang.
Sesetengah penunggang memang ada membeli pelindung lengan khas. Tetapi kenapa perlu bersusah payah kerana anda sudah pun ada jaket. Cukup saja pakai terbalik setakat paras lengan.
8. WEAR N' GO
Ada penunggang yang sentiasa berjaket sepanjang masa. Namun, ramai juga penunggang biasanya tidak berjaket sejak awal menunggang. Mereka biasanya meletakkan jaket dalam bakul depan sebagai persediaan. Maklumlah cuaca boleh jadi tidak menentu bila-bila masa.
Jadi, apabila cuaca berubah, misalnya hujan di pertengahan jalan, penunggang Malaysia dengan penuh kemahiran individu (PERINGATAN: aksi ini berbahaya, cuba elakkan) akan terus saja menyarung jaket mereka secara terbalik tanpa perlu menghentikan motosikal.
Apa tidaknya, kalau mahu pakai jaket dengan betul, mereka perlu cari tempat berteduh atau kawasan selamat (kebetulan pula sedang dalam situasi poin nombor 1 dan 2). Apa lagi, terus saja sarung jaket sambil menunggang. Fleksibel dan efisien!
BACA >>> #ApaNakBuat: Kereta Tiba-Tiba 'Breakdown', Ikuti 10 Tip Ini untuk Kekal Selamat
9. BUKAN SUPERMAN
Dalam banyak sebab, inilah antara alasan paling kukuh dan teknikal tentang kenapa penunggang Malaysia pakai jaket terbalik. Menyarung jaket tanpa dizipkan akan menyebabkan jaket tersebut mengerbang ke belakang, tidak ubah seperti aksi Superman terbang menyelamatkan mangsa.
Itu belum lagi bercerita hal kancing zip melibas muka akibat ditiup angin. Maklumlah, zip rosak. Aduh, memang sakit macam terkena batu! Apa lagi cara paling selamat, jimat dan berkesan kalau bukan sarung saja jaket secara terbalik.
10. IKUT TREND, TAK NAK JADI SKEMA
Kalau sudah ramai yang pakai begitu, takkanlah kita seorang saja pakai jaket cara betul. Kata orang, tak kapcailah pakai jaket zip depan. Lainlah bawa motor besar dan pakai jaket kulit. Setakat jaket kain nipis, beli di Uptown dan tidak kisah sangat kalau dicampak-campak, apalah sangat pakai jaket terbalik.
Apa yang penting, mesti ikut trend! Hmmm...
BACA >>> 11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda, Berserta Infografik
ahmad says
tapi kene ingat .pakai jaket secara tetbalik jugak boleh mendatangkan bahaya pada penungang . kerana apabila zip tidak di zipkan kemungkinan besar boleh terlekat pada mane2 bahagian kereta atau lori .nak2 lagi klau jln jem utk mencelah2 tepi kereta .lagi bahaya .
Ajib says
X pernah dengar pulak....hahaha...imeginasi tinggi...lainlah kalau kau bersandar kat lori tu...
Aha says
Isteri rakan saya meninggal bila hujung jaketnya tersangkut pada bahagian tepi lori.
ik says
ada saya dengar cerita...jatuh motor sebab jaket motor sebelah makan handle motor dia... apa lagi terbalik ler.....
Albab says
Takpe.. jaket yg dipakai camni ada perlindungan tambahan, jika berlaku kejadian tersangkut, jaket ini dilengkapi dengan sistem pemusnah sendiri iaitu bahagian itu akan terkoyak dengan sendirinya.. Jaket tebal2 yg susah koyak diorang tak pakai terbalik, rimas sangat..
Isa says
Sistem pemusnah sendiri.. Mcm hampeh, hahahaa..
Rider tua says
Penah jd kat lorong moto federal hiway..besepah member pasal handle tersangkut kat jaket moto sebelah yg tengah melibas..
Anas says
Hang bohong ngat aih.. aku dok pakai xdak pa pon.. klu pkai jeket zip 3 4 lapis nak mati.. mati jugak
ameeerul says
lagi satu tambah,pakai sebab zip jaket rosak,nak beli baru kena keluar duit,so pakai terbalik dapat menjimatkan duit gaji 😀
Abu hurairah says
Mak cik2 pon pakai jaket terbalik apa nak heran...tapi klau pak cik2 ni tak pakai jaket diorang awesome skit...yg selalu berjaket anak2 muda dan makcik2
ahmad says
lagi baik klu ada hood jacket leh buat jugak sebagai penutup mulut
Amira says
Bab UV tu memang bahaya. Jadi kalau waktu panas pun better pakai jacket
Selain tu kena standby juga in case eksiden. Supaya kurang luka calar2 ni
Aqram Shah says
sapa kata penunggang malaysia bukan superman ???
hamka halmin says
dulu kerja pion tak tahan sgt bau asap lori ataupun kenderaan yg pakai diesel. nak pakai mask rase macam leceh sebab nanti hilang, nak cari lagi. so the best solution is pakai jaket yg ade hood then pakai terbalik. boleh tutup hidung n muka. lagi satu kalau some area banyak lori besar bawak batu. so kalau tutup muka siap2 boleh lah avoid dari batu kena muka. pernah sekali batu melantun kena dagu. sebulan teringat2. haha
alldisc says
Sy dah 18 thn pakai Jaket terbalik. Puncanya satu je.. Zip putus. Kalau time high speed jgn citer la punya sakit zip tu Melibas. Hahaha..
Pada saya yg bahaya Jaket terbalik ni satu je. Bila seorg tu eksiden dan pengsan... Org mngkn sangkakan kepala dia terpusing. Sbb Janet di depan, helmet ke belakang. Mungkin mereka akan pusingkan kepala kita. Nah amek kau.
Terus patah leher. Kahkahkah
Arip says
Hahahaha
Hairul says
Wakkakakakkaka berdekah terus aku.. Betul gk.. Ni la yg paling bahaya aku rse.. Lain xde kot..
pogi says
Tujuan ak pakai jaket terbalik:
1. Nak elakkan kesan sun burn sebab cuaca panas
2. Nak elakkan baju kemeja berkedut disebabkan terkena angin sekiranya tidak menggunakan jaket
3. Jaket terbalik lebih sejuk sebab angin dapat masuk
4 nk halang dari baju basah terkena embun waktu pagi
5 nk cover baju kemeja bertie.
6 lebih simple berbanding jaket penuh
Jadi penyelesaiannya, sarung je jaket scara terbalik, cepat dan memenuhi ciri2 di atas
man tompok says
haha..aku suka artikel ni
Mar Haxsta says
cover perot boroi
Nik says
Yang ni aku setuju aangat. Kahkahkah
KapcaiPakHang says
sebab rakyat malaysia banyak yang bongok. tak dikatakan ikut trend pon tak mengapalah kalau perbuatan serupa lahanat ini dikatakan 'trend'.
Mantrolak says
Sebelum kwin sampai kawin pakai jacket terbalik...
Dulu ada la sekali bini ckap kenapa suka pakai jecket terbalik?kata bini bwak perempuan mna.?
Ckap dekat bini tren mat moto mmg pakai tebalik sebab senang nak sauk kalau masuk pejabat ambil surat....
Sampai sekarang bila pakai terbalik bini xcakap apa dah...
Ikky says
Jaket terbalik ni juga boleh melibas2 penumpang belakang.hahaha pedih rasanyaa
fazrin says
bagi akulah. atas pengalaman aku sebagai mat despatch.. pakai jaket terbalik ni menyenangkan keje. senang nak tanggal senang nak sarung.. sbb kebanyakan opis susah nak buka pintu kalau pakai jaket ni. risau ada apa2.. lepas tu contoh kalau hujan.. ikut belakang kereta atau lori.. percikkan air dari tayar xterkena kat baju...
unknown says
Ni bukan trend lah admin. Ni perangai pemalas. Sekian.
unknown says
Aku pelik betol kadang2 dengan rakyat malaysia ni. Bawak moto laju2 macam dalam litar. Dorang nak apa sebenarnya?
Unknown says
Out of context
joe says
Ini lah cara pakai jaket paling style didunia ,bak di japan dan europe pn xbrani try style mcmni..malaysia sbnarnya sdh maju ke hadapan.....mgkin satu hr nnt kita akan lihat negara lain akn mncontohi malaysia....bkn setakat jaket tbalik saja,bungkus air ikat tepi pn xd dlm negara lain kcuali malaysia...
kambingfc says
Dari zaman 80an abg aku da pakai dah.. Aku pon terikot jugak.. Cuaca kita panas terik, hujan.. Sesuai sangat guna style gini. Lagi satu kalo time becinta ngan awek dulu jln2 naik moto seluk tak ingattt
Nizran says
X semua betul...
Masa sy travel bawak motor dulu, kami mana mampu beli jaket mahal. Jaket murah, lama-lama zip tercabut... Kena la pakai mcmtu..
Kalau kami pakai beg, masa hujan x hujan pun, kalau sandang bahu lenguh... Letak belah depan, tatang atas / dalam bakul.. Kalau hujan, lebih baik beg x basah...
Aku Mat Motor bukan Mat Rempit says
-Membaca Amalan Yang Mulia-
Bukan sebab malas, bukan sebab trend, bukan sebab zip rosak.
Cara pemakaian jaket terbalik dah wujud berzaman dah bukan kata hanya di Malaysia, kat US ataupon Paris pon orang dh buat. Cuma orang yang bekerja atas motor jer tau kemudahan dalam melakukan kerja harian. Dari segi keselamatan tkde kene mengena.
Cubelah ubah cara pemikiran tu jangan terceruk jer kt tanah melayu.
AO says
Amboi. Tau la dah pergi Amerika dan Perancis
Latiff says
Aku plak pakai tbalik sebab mak aku gunting area zip tu dr atas smpi bwh sbb masa adik aku pakai time tu la dia rosak xblh unzip..siot btul
Abam Romzi says
Abaikan kpd mrk yg x pernh pki jaket terbalik tu.. Haha
Atan says
Aku pakai terbalik sbb malas nak zip
Lan network says
Dulu jekat pakai betul, skrg jaket perlu terbalik.....cara ni boleh jimat ekonomi diri n bajet pon kurang.....
hatibudak says
orang tak pernah ride celah2 kereta lori bas jgn byk cakap, kang aku lempang bersepah air liur. faktor utama pasal panas, faktor kedua pasal mudah nak ekjas, faktor lain2 tu ngarut. yg tak takde moto jgn bising.
jgn igt aku moto aje takde keta, 2 biji, satu volvo v50 dgn myvi. moto mudah dan cepat. kereta leceh di KL, tak praktikal. kawan opis aku jarak rumah dgn aku sama, tp tiba rumah 2jam lewat dari aku yg naik moto. pergi balik 4jam, aku taknak buang hidup aku 4jam semata-mata nak aircond kereta tp stuck dlm jam berjam2, belum lagi hujan tu... rider kalau hujan duk bwh bumbung je, ada raincoat, redah, kalau takde, redah gak, dpt cuci muke yg berminyak ni dari debu2 jalanan. jimat jauh dari kereta. dan bawakla moto dgn berhati2, jgn rush, sebab punca kemalangan paling utama adalah sebab nak rush, penyudahnya, tak sempat break, sapu belakang kereta or lori, assalam..
joehaz says
setuju dgn faktor utama pasal panas.. kalau ada yg x percaya boleh cuba sendiri.. waktu tghari pakai kedua2 cara, tgk mana yg lagi panas.
saya pakai terbalik, tapi tetap zip 1/3 jaket. x biarkan terjuntai
Shukri Abdhamid says
pemakaian jacket ni bg aku lebih kpd faktor keselamatan..aku akan pakai setiap kali aku menunggang sbb pengalaman mengajar aku.dua kali xcdent terseret badan dgn tangan atas tar...jacket koyak dkt bahagian lengan dgn dada..tp badan tak brp nak calar sangat...sekurang2nya kalau pun tak mampu halang 100% kmungkinan utk cedera kulit bila kemalangan..cukupla sekadar kesan kecederaan dpt diminimumkan...nk lg safety digalakkan pkai glove..sbb kalau kulit tapak tangan makan tar lg pedih rasanya..haha
sihat walafiat says
maap bro gua mecelah ckit,kalu ari panas gua x pakai terbalik sebab,gua nak byk angin tiup dada gua...tq bai...
mgen says
Punca utama pakai jaket terbalik:
1) malas nak zip...zip pun leceh kena cari lubang dulu dah la nak cepat
2) jarak perjalan tidak jauh...ala dekat jer sat lagi nak bukak balik
3) jaket bundel...senang sidai je kat moto takde sapa nak rembat... kalau jaket kulit tak pakai gini bang hehe
4) jaket dah lusuh...jaket baru lubang zip tak banyak ragam
muaz baharudin says
pakailah ikut secara standard. Zip di depan. keselamatan diutamakan.
kurang risiko kemalangan. di mana kemungkinan besar kain jaket itu akan tersangkut pada cermin sisi kereta sebelah.
nak cepat-cepat nak pergi mana?
ke nak cepat masuk kubur?
lagipun hensem apa pakai elok-elok.
Amoody says
Amalkan setiap kali pakai jaket kita berdoa..moga diberi keselamatan oleh Allah ketika ride...
Lai says
sepatutnya tajuk artikel yang tepat ialah; 10 Alasan bodoh mat motor malas nak pakai jaket elok-elok
1. MASA ITU EMAS - Oh nak kata nyawa kau tak ada nilai la?
.
2. PENUNGGANG MINIT AKHIR - Pakai jaket elok2 tak sampai seminit pun bro.
3. POTONG ANGIN UNTUK AERODINAMIK - Teori bodoh. kau pakai elok2 lagi kurang rintangan angin.
4. SUSAH SAMA SUSAH - Dah la bodoh, kedekut pulak tu.
5. HUJAN LEBIH BANYAK DARI DEPAN - Pakai elok2 benda ni tak jadi isu pun. siap depan belakang dapat cover.
6. ANTI-PELUH SEMULA JADI - Kalau panas boleh je bukak zip tu sikit.
7. KECANTIKANKU BEGITU BERHARGA - Again, pakai elok2 benda ni tak jadi isu pun.
8. WEAR N' GO - Cara2 menempah maut. Dah tahu merbahaya pakai jaket ketika menunggang celah mana fleksible dan efisien nya?
9. BUKAN SUPERMAN - Again, pakai elok2 benda ni tak jadi masalah pun. apa yang susah sangat tah nak pakai elok2.
10. IKUT TREND, TAK NAK JADI SKEMA - Alasan paling bodoh! memang sekarang trend orang jadi bodoh ke cane?
Jai Kuwat says
Sekarang dah ada jaket terbalik yang lebih selamat. Bukan saja selamat, siapa pakai akan jadi lebih hensem bergaya. Memperkenalkan jaket terbalik Kuwat. Jaket ini memang direka nampak macam pakai terbalik tapi betullah dipakai dari depan. Ok mari tengok di website kami https://kuwat.my
Dengan jaket ini penunggang motor akan pakai jaket terbalik seperti biasa tetapi dengan ciri-ciri yang lebih selamat daripada yang biasa dilakukan sekarang dan juga lebih selesa dipakai. Jaket rekaan kami ini tidak akan tersangkut dengan kenderaan lain atau terbelit dengan roda motor sendiri. Strap pelekat di tengkuk membuatkan jaket tidak akan jatuh, manakala padding di bahu memperkemaskan lagi pemakaian jaket. Material kain jaket ini juga dipilih daripada jenis kain yang kalis air dan tahan lasak.
Jom tengok di website kami https://kuwat.my