• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k

Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k

January 30, 2023 By Sharil Leave a Comment

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA melancarkan motosikal retro klasik, GT150 Fazer (2023) untuk pasaran China pada harga 13,400 yuan (RM8,420).

Yamaha GT150 Fazer (2023) dibangunkan menggunakan komponen daripada model 150cc Yamaha lain seperti FZ15, Fazer 150 dan Crosser 150.

BACA >>> Cafe Racer Gaya Retro CFMoto Papio dengan Enjin 126cc Bakal Lancar, Anggaran Harga RM5.6k

Berikut perincian Yamaha GT150 Fazer (2023):

  • Menampilkan rekabentuk klasik yang tersedia dalam pilihan warna putih, kelabu gelap, kelabu muda dan biru dengan bahagian bawah gelap seperti fender, rim aloi, ekzos, enjin dan suspensi belakang.

  • Elemen retro digayakan menerusi lampu depan bulat, cermin sisi dan lampu signal belok.
  • Ciri lain ialah lampu LED penuh, soket cas 12V, getah fork, tangki bahan api bentuk air mata (eyedrop) dan pelana kulit gelap.
  • Panel meter digital penuh bulat dengan paparan multi-info.
  • Tinggi pelana 800mm dengan profil badan langsing yang memudahkan tunggangan dalam trafik sesak.
  • Pelana panjang jenis selapis, tetapi tidak disediakan bar bonceng.
  • Keselesaan optimum menerusi peg kaki di tengah dan bar hendal tinggi jenis pulled-back.
  • Walaupun sesuai untuk tunggangan dalam bandar, tetapi mampu digunakan untuk tunggangan off-road ringan dengan ciri braket hendal dan tayar blok jenis dwi-guna.

Trenkuasa

  • Dijana enjin 149cc dengan gerek (bore) dan lejang sama seperti FZ15, Fazer 150 dan Crosser 150.
  • Enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal SOHC penyejukan udara, berkuasa 12.3hp @ 7,500rpm dan tork 12.4Nm@ 6,000rpm serta dipadankan transmisi manual 5-kelajuan.
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang.
  • Bahagian roda dipasangkan rim 18 inci dengan tayar 90/90 (depan) dan 100/80 (belakang).
  • Berat 126kg., kapasiti tangki petrol 12.5 liter.
  • Brek cakera depan dan belakang.

Adakah Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) ada membawa masuk model ini di pasaran Malaysia tidak lama lagi?

BACA >>> Roadster Gaya Cafe Racer Honda Hawk 11 Rasmi Didedahkan
BACA >>> Yamaha XSR 155 (2023) Dapat Empat Warna Baharu di Indonesia, Harga RM10.7k!

SUMBER: RushLane

Related

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cafe racer, China, FZ15, Hong Leng Yamaha Motor, klasik, retro, Yamaha, Yamaha GT150 Fazer 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my