• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Navara Mabuk Rempuh Vios dari Belakang, Dua Kanak-Kanak Parah

Pemandu Navara Mabuk Rempuh Vios dari Belakang, Dua Kanak-Kanak Parah

January 30, 2023 By Sharil Leave a Comment

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Pemandu trak pikap Nissan Navara, yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk melanggar belakang Toyota Vios hingga menyebabkan dua beradik parah di KM57 Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor, petang kelmarin 28 Januari.

Mangsa ialah Nur Hana Humaira, 1 tahun enam bulan, parah kepala dan cedera tulang pinggul, manakala kakaknya, Nur Aisyah Humaira, 6, parah kepala dan bengkak tulang rahang.

Ketika kejadian, Vios dinaiki keluarga mangsa dari Kluang menuju Mersing dirempuh sebuah Nissan Navara dari belakang hingga kereta mangsa terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan. Video kemalangan itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Md Noh berkata, dua beradik tersebut masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom.

Menurutnya,  kemalangan itu turut menyebabkan bapa mangsa, yang memandu Vios bersama isteri di sebelah, cedera dan mendapatkan rawatan di Zon Kuning hospital sama.

Pemandu trak pikap itu kini ditahan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Suspek dipercayai mabuk semasa kejadian itu dan sampel darah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pemeriksaan toksikologi," kata Bahrin.

Beliau berkata, polis akan memohon perintah reman ke atas pemandu Navara itu untuk siasatan kes yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Drebar Lori Pasir Mabuk, Lawan Arus Direman 4 Hari
BACA >>> Lelaki Kesal Pemandu Waja Sawan Terbiar Pagi Hingga Petang Kerana Disyaki Mabuk

SUMBER: BeritaHarian | FB

Related

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kanak-Kanak, kemalangan, Langgar Lari, Mabuk, Nissan Navara, Pemandu Navara Mabuk, Toyota Vios

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my