• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Fiesta ST Tampil Enjin 3-Silinder Berkuasa 197hp, Mampu Pecut 6.7 Saat

Ford Fiesta ST Tampil Enjin 3-Silinder Berkuasa 197hp, Mampu Pecut 6.7 Saat

February 25, 2017 By Azhan O 3 Comments

475
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Fiesta ST (2017) bakal tampil lebih berkuasa menjelang debut Pameran Motor Geneva 2017 pada Mac depan depan dengan memperkenalkan enjin lebih kompak, 3-silinder yang diperhalusi. Ford mendakwa hot-hatch terbaru itu akan menampilkan enjin 3-silinder EcoBoost berkapasiti 1.5L pengecajturbo  yang berupaya meledakkan kuasa setinggi 197hp.

Malah, Fiesta ST (2017) ialah model prestasi pertama Ford yang didatangkan dengan enjin 3-silinder. Jangan anggap tidak berkuasa kerana enjin ini mempunyai kapasiti kuasa setanding enjin 4-silinder 1.6L yang meletakkan ia 17hp lebih bertenaga berbanding versi terdahulu.

SETANDING ENJIN 1.6L

ford-fiesta-st-2017-7
ford-fiesta-st-2017-8

Menurut Ford, pecutan 0-100kmj mampu dicatatkan sepantas 6.7 saat , manakala tork dapat dicapai pada putaran enjin rendah. Enjin baharu ini juga mencatatkan kadar emisi rendah dan pengurangan karbon dalam injap yang sepatutnya memberikan penjimatan bahan api lebih ekonomi.

Enjin 1.5L EcoBoost itu menggunakan pemasa aci variabel independen berkembar (twin-independent variable cam timing) bagi meningkatkan prestasi dan kecekapan. Pengurangan silinder juga membolehkan kereta ini beroperasi dalam 2-silinder dalam situasi tertentu. Enjin aluminium-penuh turut disepadukan dengan pancarongga ekzos (exhaust manifold) dan pengecajturbo serba baru. Dengar saja deruman enjin dalam video di bawah ini.

Tambahan kepada enjin baharu ialah tiga mod pacuan: Normal, Sport dan Track. Mod Normal ialah tetapan sistem bantuan untuk pemanduan harian. Mod Sport akan mengubah pemetaan enjin dan menajamkan respon pedal terotel, manakala stereng kuasa jadi lebih keras berserta ngauman artifisial enjin yang lebih bising disalurkan ke dalam kabin. Mod Track pula akan menyahaktifkan sepenuhnya kawalan traksi (TRC) yang memberikan pemandu kawalan penuh ke atas pemanduan dengan dibantu sistem kawalan stabiliti.

Bagaimanapun, Ford tidak mendedahkan sebarang maklumat baru mengenai ciri suspensi dan tayar.

GAYA TERSENDIRI

ford-fiesta-st-2017-3
ford-fiesta-st-2017-2

Gaya luaran pula masih mengekal imej Ford yang tersendiri. Sama seperti Volkswagen dan model GTI, Ford juga cuba menyerlahkan elemen prestasi dengan sebaiknya, di mana semua model akan dibekalkan dengan rim standard 18-inci.

Ford turut menjanjikan beberapa penampilan menarik seperti kemasa roda stereng, hendal pintu, pilihan anjakan (shifter) dan trim. Tidak dilupakan set infotainment Sync 3 dan sistem audio B&O Play. Kerusi Recaro dan roda stereng bawah-rata atau flat-bottom pula didatangkan standard dengan opsyen warna tambahan, biru Liquid Blue.

Harga? Masih lagi misteri dan dijangka diumumkan Ford menjelang pelancaran model itu kelak.

GALERI

ford-fiesta-st-2017-1
ford-fiesta-st-2017-2
ford-fiesta-st-2017-3
ford-fiesta-st-2017-4
ford-fiesta-st-2017-5
ford-fiesta-st-2017-6
ford-fiesta-st-2017-7
ford-fiesta-st-2017-8

SUMBER: Autoblog

Related

475
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Fiesta ST, Ford Fiesta ST (2017), hot-hatch, Pameran Motor Geneva, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev