SUZUKI Jepun mengumumkan ketibaan naked bike Gixxer 150 (2023) yang ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik ke pasaran negara itu pada harga jualan 385,000 yen (RM12,570).
Sportbike tersebut kini datang dengan trenkuasa patuh emisi Jepun yang menyaksikan penurunan kuasa 1hp dan tork 1Nm.
BACA >>> Suzuki Malaysia Lancar GSX-S150, GSX-R150, Harga Mula RM10k!
BACA >>> Suzuki Gixxer SF250 (2022) Pun Lancar Juga di Vietnam, Harga RM22k!
HARGA
- Harga jualan asas disyorkan 385,000 yen (RM12,570), termasuk cukai penggunaan tetapi tidak termasuk pendaftaran, insurans dan caj lain.
WARNA
- Ada tiga warna pilihan ditawarkan: Triton Blue Metallic (biru), Sonic Silver Metallic/Pearl Blaze Orange (jingga kelabu) dan Glass Sparkle Black (hitam).
PERINCIAN
- Trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 154cc SOHC penyejukan udara dan suntikan bahan api (FI) berkuasa 12.8hp @ 8,000rpm dan tork 13Nm @ 5,750rpm.
- Transmisi klac manual 5-kelajuan.
BACA >>> Honda Sonic 150R (2023) Sedia Cabar Suzuki Satria F150 dengan Harga Lebih Murah, RM6.7k
- Lampu utama LED, manakala lampu lain masih mentol halogen.
- Frem berlian (diamond).
- Fork konvensional 41mm di depan, dan monoshock boleh laras 7-tetapan.
BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
- Dimensi panjang 2,020mm, lebar 800mm, dan tinggi 1,035mm, manakala jarak roda 1,335mm dan jarak tinggi bumi 160mm.
- Tinggi pelana 795mm. Berat kasar 139kg, dan radius pusingan pula 2.6 meter.
- Kapasiti tangki petrol 12 liter. Seliter minyak menawarkan jarak tunggangan 51km.
- Sistem brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda dengan roda depan dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 100/80 (depan), 140/60 (belakang).
- Sistem ekzos tunggal dengan dwi-mufler.
- Panel meter LCD dengan paparan hitam putih.
Leave a Reply