• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cafe Racer Gaya Retro CFMoto Papio dengan Enjin 126cc Bakal Lancar, Anggaran Harga RM5.6k

Cafe Racer Gaya Retro CFMoto Papio dengan Enjin 126cc Bakal Lancar, Anggaran Harga RM5.6k

January 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PEMILIK CFMoto, Zhejiang Chunfeng Power Co bukan hanya aktif meluaskan tawaran motosikal segmen sederhana dan tinggi, tetapi turut mengekalkan fokus mengembangkan produk kapasiti kecil.

Ini dapat disaksikan dengan kemunculan satu foto model cafe racer retro kecil yang dipercayai menggunakan trenkuasa silinder tunggal.

Motosikal saiz kecil itu dilengkapi lampu utama kembar bentuk bulat, manakala fairing memaparkan pelekat Papio, sekali gus menandakan model tersebut varian terbaharu dalam siri berkenaan. CFMoto sebenarnya ada siri naked bike mini, dipanggil ST Papio (foto atas kanan).

Berikut perincian CFMoto Papio:

  • Dijangka menggunakan trenkuasa sama seperti ST Papio, enjin 4-lejang silinder tunggal 126cc berkuasa 9.5hp @ 8,500rpm dan tork 8.3Nm @ 6,500rpm, manakala kelajuan maksimum 90kmj.
  • Cermin sisi dipasang pada hujung bar hendal.
  • Visor angin disepadu dalam fairing kepala
  • Panel meter bulat, mungkin kombinasi digital dan analog.
  • Skema warna dwi-tona.
  • Pelana motosikal jenis bertingkat.
  • Pemegang plat belakang diposisi pada madgad belakang bersama lampu signal belok.
  • Fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal depan dan belakang.
  • Rim aloi 12 inci dengan tayar depan 120/70, dan belakang 130/70.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) mungkin ditawarkan sebagai ciri ekstra dengan bayaran tambahan.
  • Memiliki berat kasar 114kg.
  • Harga anggaran 9,000 yuan (RM5,620).

BACA >>> CFMoto Papio (2022) Kini di Amerika, Sedia Cabar Honda MSX125, Harga RM13k!
BACA >>> CFMoto Daftar Paten Superbike 1,000cc Guna Enjin Konfigurasi V4
BACA >>> Skuter Elektrik Anak Syarikat CFMoto, Zeeho Magnet Debut di EICMA 2022
BACA >>> CFMoto Mahu Lancar 10 Model Baharu Untuk Tahun 2023, Tayang Model Konsep NK-C22

SUMBER: Motorrad

Related

271
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, autoterkini, cfmoto, CFMoto Papio Cafe Racer (2023), CFMoto ST Papio, roda2, Zhejiang Chunfeng Power Co

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my