• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO Toyota Letak Jawatan April Ini, Petanda Toyota Bakal Fokus EV?

CEO Toyota Letak Jawatan April Ini, Petanda Toyota Bakal Fokus EV?

January 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda bakal meletakkan jawatan pada 1 April 2023 untuk menyandang jawatan pengerusi lembaga pengarah dalam konglomerat automotif itu.

Kerusi ditinggalkan bakal diganti Koji Sato, yang juga Presiden Lexus dan GAZOO Racing, iaitu divisyen permotoran Toyota yang turut membangunkan kereta prestasi tinggi seperti GR Supra dan GR Corolla.

BACA >>> Tokyo Motor Show (TMS) Jadi Japan Mobility Show (JMS) Bermula 2023

Toyota bZ4X BEV 2023 di Indonesia

Pengumuman itu mungkin menandakan perubahan strategik dalam pendekatan Toyota terhadap kenderaan elektrik (EV). Toyota sebelum ini kekal dengan pendirian tidak memberi komitmen kepada peralihan barisan elektrik penuh, sebaliknya mahu menumpukan kepada kereta hibrid (HEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Malah, pelancaran EV penuh pertama Toyota bZ4X juga sedikit hambar berikutan isu panggil balik dan jualan dihentikan tahun lalu kerana isu bolt tayar rosak. Walaupun crossover elektrik itu dilancarkan semula baru-baru ini, Toyota tetap mempunyai jangkaan jualan rendah untuk kereta tersebut.

Susulan ketiadaan Toyoda kelak, fokus Toyota mungkin berubah. Seperti dilaporkan The Financial Times, Toyoda meletakkan jawatan kerana walaupun beliau begitu berminat terhadap kereta, tetapi masih lapuk dalam hal ehwal digital dan EV.

Toyoda mendakwa perlu berundur bagi membolehkan golongan muda menentukan masa depan mobiliti yang sepatutnya.

Pada 2021, Toyota mempamerkan barisan EV masa depan yang berpotensi dihasilkan dengan mengumumkan pelaburan bernilai AS$35 bilion (RM148 bilion) dalam EV.

Pelantikan Sato mungkin dapat mempercepatkan barisan model konsep Toyota direalisasikan, termasuk menambah pembiayaan khas elektrifikasi atau mungkin dapat menghasilkan lebih banyak kereta prestasi Toyota mampu milik pada masa depan!

BACA >>> Akio Toyoda: Pengeluar Automotif Jepun Perlu Tenang, Senyum Hadapi Covid-19
BACA >>> Toyota GR Supra (2023) dengan Gear Manual Kini di Australia, Harga Mula RM260k Sahaja!

SUMBER: CarAndDriver

Related

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Akio Toyoda, BZ4X, EV, Gazoo Racing, GR, Koji Sato, Toyota, Toyota Gazoo Racing, Toyota Motor Corporation

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev