• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Jazz (2023) Facelift Tiba di Eropah dengan Tambahan Varian Baharu Advance Sport

Honda Jazz (2023) Facelift Tiba di Eropah dengan Tambahan Varian Baharu Advance Sport

January 25, 2023 By Sharil Leave a Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WALAUPUN sudah dihentikan jualan secara rasmi di Malaysia, Honda Jazz masih dijual di pasaran luar seperti Jepun dan Eropah serta kini menerima model kemas kini dengan satu varian tambahan baharu.

Pengenalan varian Advance Sport baharu itu menawarkan perincian gaya lebih eksklusif pada bahagian dalaman dan luaran, termasuk sistem suspensi ditambah baik dan respons enjin dipertingkat.

LUARAN

Menurut Honda Eropah, Honda Jazz (2023) facelift masih membawa DNA rekaan depan generasi terakhir model itu. Rekaan lampu masih sama, tetapi dengan gril sarang lebah (honeycomb) yang diapit bampar hitam lebih sporty.

Bahagian sisi dipasangkan skirt sisi tanpa cat, manakala rupa belakang lebih agresif dengan kemasan krom pada bampar. Kehadiran rel bumbung juga membuatkan Honda Jazz (2023) facelift ini lebih menawan,

DALAMAN

Bahagian dalaman kini lebih elegan dengan warna dan material baharu pada papan pemuka, konsol tengah, kerusi, dan kemasan pintu.

Sistem suspensi dikemas kini dengan tahap rigiditi absorber depan dikurangkan 8 peratus, manakala kekerasan absorber belakang ditambah 20 peratus untuk memberikan lebih keselesaan kepada penumpang.

TRENKUASA

Sistem hibrid e:HEV turut dikemas kini untuk meningkatkan aspek kecekapan, pemanduan dan output. Motor pacu elektrik meningkat 10 kW (12hp) dengan jumlah output 90kW (120hp). Motor generator menyaksikan peningkatan kuasa 8kW kepada 78 kW (104hp).

Enjin petrol injektor port 1.5L memperoleh 7kW untuk kuasa maksimum 79 kW (105hp), manakala angka tork kekal 131Nm. Sistem hibrid cekap bahan api itu menghasilkan pelepasan karbon dioksida (CO2) daripada 102g per km, manakala varian Advance Sport 106g per km.

KESELAMATAN

Melengkapkan lagi pakej Honda Jazz (2023) facelift, beberapa ciri keselamatan termaju dan bantuan pemandu juga diperkenal seperti sudut kamera lebih luas, kamera definisi tinggi (HD), dan sistem keselamatan aktif  dikemas kini untuk mengurangkan gangguan pemanduan harian.

Fungsi Bantuan Kesesakan Lalu Lintas, kini dinaik taraf kepada ciri sokongan stereng daripada 0kmj, mengurangkan beban pemanduan dan meningkatkan perlindungan daripada kemalangan.

Sistem bantuan pemandu kini dilengkapi ciri 10 beg udara sebagai standard, termasuk lutut penumpang depan, dan beg udara tengah hadapan.

Honda Jazz dan Honda Jazz Crosstar akan membawa teknologi keselamatan aktif dan bantuan pemandu sama yang mendapat rating lima bintang dalam ujian perlanggaran Euro NCAP 2020.

Jualan Honda Jazz (2023) facelift  baharu untuk pasaran Eropah dijangka bermula awal 2023 dan harga akan diumumkan tidak lama lagi.

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!
BACA >>> Honda Malaysia Papar Model City Hatchback Baharu, Pengganti Jazz?

honda jazz 2023 1
honda jazz 2023 2
REFRESHED JAZZ e:HEV LINE-UP GAINS NEW ADVANCE SPORT VARIANT
REFRESHED JAZZ e:HEV LINE-UP GAINS NEW ADVANCE SPORT VARIANT
REFRESHED JAZZ e:HEV LINE-UP GAINS NEW ADVANCE SPORT VARIANT
REFRESHED JAZZ e:HEV LINE-UP GAINS NEW ADVANCE SPORT VARIANT
REFRESHED JAZZ e:HEV LINE-UP GAINS NEW ADVANCE SPORT VARIANT
REFRESHED JAZZ e:HEV LINE-UP GAINS NEW ADVANCE SPORT VARIANT
REFRESHED JAZZ e:HEV LINE-UP GAINS NEW ADVANCE SPORT VARIANT

SUMBER: Honda

Related

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Advance Sport, e:HEV, Facelift, hatchback segmen-B, Honda Europe, Honda Jazz (2023), honda sensing, hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev