• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Tambah Hab Tukar Beg Udara Takata, Kini Ada di Stesen Petronas Terpilih!

Honda Tambah Hab Tukar Beg Udara Takata, Kini Ada di Stesen Petronas Terpilih!

February 26, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BAGI memudahkan lagi pelanggan yang terlibat dalam penukaran inflator beg udara Takata, Honda Malaysia kini bekerjasama dengan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) untuk menjadikan beberapa stesen minyak PETRONAS terpilih sebagai hab operasi penggantian bermula 9 Februari 2017.

Lokasi stesen minyak PETRONAS tersebut ialah di Ampang, Selangor, Skudai (Johor), Pengkalan Chepa, (Kelantan) dan Kota Kinabalu (Sabah). Dengan penambahan itu, Honda Malaysia kini sudah sedia menjalankan operasi penukaran inflator beg udara Takata di tiga lokasi utama seperti berikut:

  1. Stesen minyak PETRONAS terpilih - perlukan janji temu
  2. Hab bergerak di pusat membeli-belah - tanpa janji temu (walk in)
  3. Semua 84 pusat servis Honda - perlukan janji temu

Selain daripada lokasi utama di atas, pelanggan juga boleh menggantikan inflator beg udara Takata mereka di karnival Honda Family Road Trip (HFRT) di seluruh negara. Proses penggantian di karnival HFRT dan hab bergerak di pusat membeli-belah tidak memerlukan sebarang janji temu.

TUKAR SEGERA, JANGAN BERLENGAH

Sebagai makluman, penukaran beg udara Takata bagi kenderaan yang terlibat adalah sangat penting kerana terdapat beberapa insiden yang menyebabkan kehilangan nyawa di Malaysia dan dunia. Bagi melancarkan proses penukaran supaya lebih berkesan, Honda Malaysia turut berkerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menghubungi pemilik kereta Honda yang terlibat.

BACA >>> 7 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Tentang Isu Beg Udara Takata

Setakat 21 Februari 2017, Honda Malaysia mempunyai 100 peratus stok inflator beg udara bahagian pemandu yang diperlukan dan sehingga kini sudah menukar 75 peratus model terjejas.

Stok inflator beg udara sebelah penumpang pula mencapai tahap 75 peratus dan Honda Malaysia sentiada komited dalam menjayakan proses penukaran tersebut, termasuk menambah stok diperlukan. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau buat panggilan ke talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Berikut ialah butiran lanjut mengenai lokasi penukaran inflator beg udara Takata.
*Klik imej untuk paparan zum.

1. Hab Bergerak di Pusat Beli Belah

2. Stesen Minyak Petronas

Muat turun fail PDF:

Honda Malaysia Mall Hubs and Petronas Location and Operating Hours

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beg udara takata, Honda, Honda Malaysia, lokasi tukar beg udara Takata di Petronas, Petronas, tukar beg udara di Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my