• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SUV Mitsubishi Hibrid Gaya Sport, Outlander Ralliart Style dan Eclipse Cross Ralliart Style

SUV Mitsubishi Hibrid Gaya Sport, Outlander Ralliart Style dan Eclipse Cross Ralliart Style

February 23, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PADA November 2022, divisyen permotoran Mitsubishi, Ralliart kembali ke arena lumba dengan menyertai kejuaraan rali Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 menggunakan tiga model trak pikap Mitsubishi Triton yang diubah suai khas.

Penyertaan selepas lama berehat itu nyata berbaloi apabila Mitsubishi Ralliart Team berjaya menjulang trofi tempat pertama.

BACA >>> Mitsubishi Ralliart Team Umum Tiga Pelumba AXCR 2022, Trak Pikap Triton Sedia Berentap!
BACA >>> Viral Mitsubishi Triton Putih Bunyikan Siren di Lebuhraya Plus, Ini Penjelasan Polis...

Mitsubishi sebenarnya ada rancangan kembali serius dalam usaha menonjolkan Ralliart dan terbaru mempamerkan dua kenderaan utiliti sukan (SUV), Vision Ralliart Style dan Eclipse Cross Ralliart Style.

Dua SUV itu menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV), tetapi berbeza keupayaan. Naik taraf dibuat untuk Mitsubishi Outlander dan Mitsubishi Eclipse Cross ringkas saja, tetapi berjaya menaikkan imej rali yang sinonim dengan Mitsubishi dan Ralliart.

Kit Ralliart ditawarkan juga boleh dibeli pengguna dan bukan sekadar aksesori konsep saja. Berikut gaya asas Mitsubishi Outlander Ralliart Style dan Mitsubishi Eclipse Cross Ralliart Style:

  • Kit badan penuh RalliArt yang terdiri daripada lip depan, skirt sisi, dan spoiler bumbung.
  • Warna badan White Diamond (putih) dengan grafik sisi, dan flap lumpur merah.
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.01
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.02

Mitsubishi Outlander PHEV dijana enjin 4B12 MIVEC 2,359cc dalam pacuam empat roda (4WD) berkuasa 131hp @ 5,000rpm, dan tork 195Nm @ 4300.

Motor elektrik memberikan output 85kW (114 hp), dan tork 255Nm, dengan kapasiti bateri 20kWj. Jarak pemanduan elektrik mampu ditempuh adalah sejauh  83-87km, manakala harga jualan bermula 4,621,100 yen (RM152,070).

Mitsubishi Eclipse Cross Ralliart Style.01
Mitsubishi Eclipse Cross Ralliart Style.02

Mitsubishi Eclipse Cross PHEV pula dipacu enjin 4B12 MIVEC 2,359cc dalam pacuan empat roda (4WD) berkuasa 128hp @ 4,500 rpm, dan tork 199Nm @ 4,500.

Motor elektrik memberikan output 60kW (80hp), dan tork 137Nm dengan kapasiti bateri 13.8kWj. Jarak pemanduan elektrik adalah sejauh 57km, manakala harga bermula 3,863,200 yen (RM127,130).

BACA >>> Mitsubishi XFC Concept, SUV Subkompak Bakal Saingi Proton X50, Perodua Ativa
BACA >>> Mitsubishi Xpander Cross (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM93k!

Mitsubishi Outlander Ralliart Style
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.01
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.02
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.03
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.04
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.05
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.06
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.07
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.08
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.09
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.10
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.11
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.12
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.13
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.14
Mitsubishi Outlander Ralliart Style.15

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Eclipse, Mitsubishi Eclipse Ralliart Style, Mitsubishi Outlander, Mitsubishi Outlander Ralliart Style, Mitsubishi Ralliart Team, RALLIART, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev