NI HSIN EV Tech mendedahkan rancangan membawa masuk superbike elektrik buatan China menjelang 2025 untuk pasaran Malaysia.
Firma itu adalah pemain baharu dalam industri dua roda selepas membuat debut pelancaran dua skuter elektrik siri Tailg Ebixon, iaitu Bold dan Torq. Dua model itu ialah produk separa pemasangan tempatan (SKD) dari kilang di Seri Kembangan, Selangor.
BACA >>> Ni Hsin EV Tech Lancar Dua Skuter Elektrik untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM9k!
Perkembangan superbike elektrik itu diumumkan Pengarah Urusan, Khoo Chee Kong dalam taklimat selepas majlis penyerahan skuter elektrik kepada lima pelanggan terawal di Kuala Lumpur. Pelanggan lain akan menerima unit masing-masing dalam masa terdekat.
Chee Kong mendedahkan sudah melihat superbike tersebut ketika menghadiri Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 di Itali.
Khabarnya, superbike elektrik itu mirip model Ducati dengan menawarkan jarak tunggangan sekitar 150km, manakala anggaran harga mungkin sekitar RM25,000 seunit.
Selain itu, Ni Hsin EV Tech juga mengumumkan rancangan memperkenalkan satu lagi model skuter elektrik, Cruise menjelang akhir tahun ini.
Pada majlis pelancaran Bold dan Torq pada 22 November 2022, Ni Hsin EV Tech pernah mempamerkan satu lagi model skuter elektrik, dipercayai Cruise (foto bawah).
Leave a Reply